27 Apr 2014
Oleh SURAYA ROSLAN
Kuala Lumpur: Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mahu
pengeluar pesawat Boeing bertanggungjawab dan menjawab setiap persoalan
mengenai kehilangan misteri penerbangan MH370 sejak 8 Mac lalu.
Beliau mempertahankan syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) yang
menerima cemuhan dan kritikan banyak pihak dengan mengatakan Boeing yang
sepatutnya dipersalahkan atas kehilangan MH370 dan 239 penumpang serta
anak kapal.
“Saya kecewa apabila pekerja MAS ditahan sebagai tebusan di Beijing
oleh ahli keluarga penumpang MH370,” katanya dalam entri terbaru
menerusi blognya www.chedet.cc, kelmarin.
Katanya, kekecewaan itu diluahkan berikutan MAS dikecam teruk dan sepatutnya pihak yang bertanggungjawab menjawab semua persoalan itu adalah pengeluar pesawat itu, Boeing.
Katanya, kekecewaan itu diluahkan berikutan MAS dikecam teruk dan sepatutnya pihak yang bertanggungjawab menjawab semua persoalan itu adalah pengeluar pesawat itu, Boeing.
SEORANG
waris antara ahli keluarga yang melakukan protes di depan pasukan
keselamatan yang mengawal Kedutaan Malaysia di Beijing.
Semalam, MAS mengesahkan kakitangannya ditahan di sebuah dewan utama di Lido Hotel, Beijing, Khamis lalu, berikutan ahli keluarga penumpang tidak berpuas hati dengan pendedahan butiran berhubung kehilangan pesawat itu.myMetro
No comments:
Post a Comment