Keluarga
penumpang MH370 berlegar di lobi Hotel Equatorial, Bangi menunggu
berita. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 1 April,
2014.Hasil tinjauan badan bebas mendapati hampir 50%
rakyat Malaysia tidak berpuas hati dengan cara Putrajaya mengendalikan
krisis kehilangan penerbangan MH370, ketika kritikan terhadap ketelusan
dan percanggahan maklumat ke atas Malaysia semakin memuncak.
Kajian
oleh Merdeka Center mendapati hanya 43% rakyat berpuas hati dengan cara
kerajaan pemerintah Barisan Nasional mengendalikan misteri tersebut.
Keputusan tersebut berdasarkan kajian yang dilakukan meliputi 1,005
responden terdiri 60% kaum Melayu, Cina 31% dan India 9%, ia dilakukan
menerusi panggilan telefon sehingga 20 Mac.
Sejak hari pertama, Malaysia Airlines dan pihak berkuasa dikritik,
malah sidang media dan pengumuman kehilangan pesawat tersebut dibuat
pada jam 11 pagi oleh Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri
Hishammuddin Hussein.
Bekas Pengerusi Lembaga Keselamatan Pengangkutan Negara Amerika
Syarikat, Jim Hall membidas kewibawaan pihak berkuasa Malaysia ketika
berdepan dengan krisis.
Selain itu, media luar negara juga banyak mengeluarkan berita negatif
dan kritikan ke atas kenyataan pihak berkuasa Malaysia yang tidak
konsisten.
Peringkat pertama usaha mencari dan menyelamat tertumpu di sebelah
perairan Laut Cina Selatan, sempadan antara Malaysia dan Vietnam,
kemudian diperluaskan ke Selat Melaka dan Laut Andaman.
Selepas 17 hari, operasi mencari gagal menemui sebarang petunjuk.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan lokasi pencarian
terbaru di sebelah Koridor Selatan dan Utara.
Kesimpulan tersebut berdasarkan siasatan syarikat satelit Inmarsat dan
Cawangan Penyiasatan Kemalangan Udara United Kingdom, Najib juga berkata
penerbangan MH370 "berakhir di selatan Lautan Hindi". – 1 April, 2014. The Malaysian Insider
No comments:
Post a Comment