14 Apr 2014
Pencarian pesawat berpenumpang 239 orang itu kini memasuki minggu kelima sejak MH370 hilang 8 Mar lalu.
"Saya boleh melaporkan (kapal Australia) Ocean Shield menemui tumpahan minyak kelmarin malam di lokasi pencarian," kata Houston dalam sidang media hari ini di Perth, seperti dilansir BBC, Isnin (14/4).
Dia menyatakan tumpahan minyak itu sudah diambil dan akan diteliti dalam beberapa hari sebelum diumumkan hasilnya.
Sejak Selasa lalu, kata Houston, alat pengesan isyarat sudah tidak lagi menangkap isyarat ping dipercayai dari kotak hitam MH370 di bawah permukaan laut. Oleh kerana itu kapal selam tanpa awak Bluefin 21 akan segera dikerahkan ke dasar laut buat mencari MH370.
Peluang untuk menemukan serpihan MH370 di permukaan laut Samudera Hindi kini makin pudar.
No comments:
Post a Comment