Monday, April 7, 2014

Mahkamah Tinggi arah hak penjagaan anak Muslim diserah kepada ibu Hindu

OLEH V ANBALAGAN‎, PENOLONG PENGARANG BERITA April 07, 2014
Mahkamah Tinggi Seremban hari ini mengarahkan hak penjagaan dua kanak-kanak yang dimasukkan ke dalam agama Islam diberi kepada ibu mereka yang beragama Hindu.

Hakim Datuk Zabariah Mohd membenarkan permohonan hak penjagaan oleh S Deepa di kamarnya.

Zabariah turut membenarkan permohonan Deepa untuk menggugurkan taraf perkahwinannya kerana suaminya Izwan Abdullah kini memeluk Islam.


 Keputusan Mahkamah Tinggi itu mengetepikan keputusan Mahkamah Syariah yang memberikan hak penjagaan kepada Izwan yang menganut Islam pada April tahun lalu.‎ – 7 April, 2014.
The Malaysian Insider

No comments:

Post a Comment