Perdana
Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak perlu takut untuk mendedahkan
kebenaran peristiwa Memali pada November 1985 semasa pemerintahan mantan
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar berkata dengan pendedahan
bekas timbalan perdana menteri Tun Musa Hitam yang mendakwa Dr Mahathir
berada di Malaysia semasa insiden itu membuktikan Kertas Putih yang
dibentangkan di Parlimen pada 1985 penuh dengan pembohongan.
“Najib tidak perlu takut membetulkan kesilapan yang berlaku pada zaman
Dr Mahathir dan kesilapan itu tidak perlu pada zaman pemerintahannya.
Musa dalam satu forum di Kota Baru mendedahkan Dr Mahathir berada di
Malaysia dan bukannya di China sebagaimana yang pernah dimaklumkan
sebelum ini. – 9 April, 2014.
The Malaysian Insider
No comments:
Post a Comment