Wednesday, April 9, 2014

Wanita ditangkap kerana buang hajat di dalam lift mahkamah

09 Apr 2014

 Buang hajat di lift pengadilan, perempuan Amerika ditangkap
gambar hiasan

Seorang wanita separuh umur dari Florida, Amerika Syarikat ditahan ketika mengunjungi mahkamah di Kota Fort Pierce, kerana  membuang hajat di salah satu lift di bangunan itu.

The Huffington Post melaporkan pada Selasa  8/4 , Patricia Ann Jamison sedang bolak balik ke mahkamah  kerana sebuah kes harus menambah daftar permasalahannya. Dia tertangkap sebagai satu-satunya orang yang keluar dari lift itu.

Petugas menemui selonggok tinja dari lift yang baru diguna Jamison. "Dia juga terlihat menurunkan celananya dekat tombol lift dan beraksi layaknya orang dalam tandas," kata petugas tidak disebutkan namanya.

Jamison juga terlihat mengelap tangannya dengan seluar dan baju yang dipakai nya setelah keluar dari lift. Dia segera ditahan dengan tuduhan menyebabkan seriusnya penyakit yang mengancam kesihatan.

Warga Florida bakal terkena sanksi sangat tegas jika mereka sembarangan buang hajat. Tahun lalu seorang wanita ditangkap  ketika sedang buang tinja sembarangan di pekarangan rumahnya lantaran tak rela suaminya tidur bersama pelacur.

Ada pula lelaki bernama Gregory Matthew Bruni yang buang hajat sembarangan di rumah orang yang tak dikenalnya. Tak hanya itu dia juga masturbasi di lantai dan berusaha menghapus najisnya dengan penyedot debu.
Merdeka.com -

No comments:

Post a Comment