Monday, April 21, 2014

MH370: Adakah ia misteri atau konspirasi terselindung? -




Posted on Monday, April 21   MYT by paktam
Artikel
Oleh Ng Kee Seng
Adakah misi mencari dan menyelamat MH370 yang diketuai Malaysia benar-benar ingin mencari pesawat itu?
Jika benar, mengapa terlalu banyak maklumat bercanggah yang diberikan? Mengapa terlalu banyak persoalan? Apa muatan kargo pesawat berkenaan? Takkan semuanya rahsia kerajaan?

Bahkan pertanyaan berhubung teknikal penerbangan juga tidak menemukan jawapan. Mengapa agaknya?
theantdaily menerima warkah panjang yang diutus pembaca kepada penterjemah, yang mempunyai keluarga di dalam pesawat tersebut. 

Pengirim itu berkata: “Saya sedar salah seorang kakitangan anda terlibat secara langsung di dalam tragedi ini.
“Saya minta dia mendesak pasukan siasatan berkongsi data berkenaan ping/jabat tangan (handshake) dan masa Round-Trip bagi setiap ping yang lengkap. 

“Pasukan siasatan hanya menjelaskan lengkuk bagi ping 8.11 pagi yang dikira berdasarkan masa RT dari ping tersebut. Masa RT bagi kesemua ping membolehkan lengkuk dihasilkan. Ini digunakan bagi memberi gambaran nasib pesawat MH370. 

“Saya menghantar memo kepada satu portal berita Malaysia tetapi tiada sebarang maklum balas. Saya berharap kakitangan berkenaan dimaklumkan.”
Memo itu dialamatkan kepada Ketua Udara Marsyal Angus Houston yang menerajui misi pencarian di Australia.
Mereka telah melakukan tugas dengan penuh tanggungjawab, tetapi usaha mereka seakan tidak mendatangkan hasil.
Mungkin MH370 tidak berakhir di Lautan Hindi... 1. Terminal SATCOM pada pesawat memiliki bateri sendiri 

Pesawat Boeing 777 memiliki tenaga bateri simpanan. Bateri utama didapati di bahagian depan manakala bateri sampingan disimpan di rak E10, di atas tempat menyimpan bagasi. Komponen SATCOM yang berbeza didapati di rak E11 (di penghujung pesawat) dengan antenna di atas badan kapal terbang.
Ping itu agak samar-samar dan tidak dihasilkan pada tetapan mengikut jam. Ada juga tranmisi yang tidak dapat diperjelaskan pada 2.25 pagi, 2.27 pagi dan 8.19 pagi (yang terakhir dibuat pesawat).
Jika pesawat terbang untuk tempoh itu pada kelajuan dan paras ketinggian yang diandai Inmarsat, ping itu wajar didengar setiap jam dan dengan kekuatan biasa. 

Jika ia terhempas, sekiranya SDU tidak mengalami kerosakan teruk dan terapung di lautan dengan antenna masih berfungsi, SDU wajar memberi respon kepada permintaan satelit bagi jabat tangan dengan kuasa baterinya.
Ketika rampasan Pesawat 961 Ethiopian Air, bahagian atas badan pesawat 767 terapung selepas ia terjunam ke lautan.

2. Lengkuk dari ping terakhir rentasi Laut China Selatan
Lengkuk dari ping terakhir merentasi Laut China Selatan tetapi ini dikecualikan daripada misi pencarian.
Pesawat mungkin telah jatuh lebih awal di lengkuk ini dan segala ping mungkin terhasil daripada kawasan ini.

3. Inmarsat enggan berikan lengkuk di mana lima jabat tangan lengkap berlaku
Mengikut Inmarsat, tempoh ping semakin menjauh dan daripada tempoh itu, mereka mengandaikan pesawat bergerak dari arah satelit.
Tempoh ping yang lama tidak semestinya menunjukkan pesawat masih terbang.
Satelit Inmarsat di Lautan Hindi tidak membuat kitaran tetapi sebaliknya berada di atas garisan Khatulistiwa. Bagi tempoh yang diperhatikan, satelit itu bergerak ke utara sehingga mencapai penghujung di 19.36 UTC (3.36 pagi) sebelum turun ke arah selatan. 

Jika pesawat jatuh di Laut China Selatan pada arah timur laut dari satelit, ia berada dekat dengan pesawat sehingga jam 3.36 pagi dan bergerak menjauhinya selepas itu.
Carta yang dikeluarkan pihak berkuasa menunjukkan corak bagi enam ping lengkap iaitu pada 3.36 pagi sebelum perangkaan lebih besar dibuat kemudian.
Hanya Inmarsat yang tahu mengapa data berhubung tempoh ping dan lengkuk bagi lima ping pertama ini tidak boleh didedahkan. 

4. Lagi teori kehilangan MH370
4.1. Ada bukti menunjukkan MH370 disambar petir, yang bercas positif, sehingga kerosakan elektrikal berlaku dan pesawat terhempas di Laut China Selatan. 

4.2. Pesawat hilang dari radar pada jam 1.21 pagi. 4.3. Juruterbang pesawat lain yang terbang ke arah barat di selatan Vietnam merentas MOXON pada 1.20 pagi melaporkan langit cerah dengan kilat di wilayah penerbangan MH370. 4.4. Menurut akhbar The Guardian, seorang yang juruterbang yang berada pada jaraj 100 batu nautika dari MH370, 12 jam sebelumnya melapurkan ribut petir di kawasan itu.
4.5. Peta cuaca menunjukan kilat di kawasan MH3700 terbang.
4.6. Pada 1.21 pagi, MH370 berada pada paras 35,000 kaki.
4.7. Kilat yang menyambar pada paras lebih tinggi dikatakan ‘kilat positif’ atau “bolt from the blue”.

4.8. Pesawat boleh menahan sambaran petir pada 200,000 ampere. Pesawat dengan kelengkapan elektrikal seperti MH370 tidak dapat menampung sambaran yang melebihi takat itu. 4.9. ATC cuba menghubungi MH370 pada frekuensinya tetapi gagal. 4.10. Pada jam 1.30 pagi, satu lagi pesawat cuba menghubungi MH370 pada jaraj 30 minit di depannya, tetapi mendengar bunyi statik, gangguan sebelum hubungan terputus. 4.11. Bunyi sedemikian mungkin disebabkan kesan magnet akibat sambaran petir. 4.12. Suara juruterbang mungkin tidak didengar akibat kesan magnet pada kelengkapan radioo/frekuensi atau dia telah terkena kejutan elektrik. 4.13. Seorang pekerja pelantar minyak warga New Zealand melaporkan terlihat objek berapi selama 10 ke 15 saat. Ia mungkin St Elmo’s Fire iaitu fenomena di mana cas elektrik pada pesawat menyebabkannya bercahaya atau terbakar. (Keadaan ini terjadi kepada pesawat AF447 Peranchis di dalam kokpit selama 23 minit sebelum ia terhempas di Lautan Atlantik). 

5. Cadangan bagi pasukan siasatan 
Pasukan penyiasat perlu mengesahkan samada SDU pesawat mampu mengeluarkan isyarat ping menggunakan bateri, dalaman atau sebaliknya. Data lengkap berhubung masa ping dan lengkuk lima ping pertama perlu dikongsi untuk dianalisa oleh komuniti saintis antarabangsa.
Jika semua enam lengkuk sama selepas pergerakan satelit diambilkira, ia bermakna pesawat mungkin terhempas lebih awal di Laut China Selatan.
Titik mula pencarian sewajarnya pada lokasi terakhir (IGARI 40 pusingan darjah) dan lengkuk-lengkuk terakhir. 

Ini bukan spekulasi. Ia adalah soalan yang sah dan wajar dijawab dengan jujur disertakan data lengkap yang disimpan pasukan mencari & menyelamat.
Selepas lebih 40 hari mencari, bukankah aneh kerana tiada sebarang serpihan ditemui, bukan hanya oleh pasukan mencari tetapi oleh kapal dagang yang lalu lalang? 

Adakah pencarian dibuat di lokasi yang betul? Adakah MH370 benar-benar berakhir di lautan, dan bukan daratan?
Sudah tiba masanya misi mencari dan menyelamat menjawab semua pertanyaan berhubung maklumt yang diperolehi.
Jangan rahsiakan maklumat kerana ia bakal menimbulkan lebih banyak persoalan.

No comments:

Post a Comment