SUSULAN dakwaan sumber yang rapat dengan
agensi risikan Russia FSB, sebuah akhbar negara berkenaan menurut satu
laporan hari ini mendakwa sumber yang sama juga mengetahui nama perampas
itu.
Menurut laporan akhbar Russia yang dipetik laman web beforeitsnews.com , perampas yang bertindak ‘melarikan’ pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 dikenali dengan nama ‘Hitch’.
Menurut akhbar The Moskovsky Kosomolets
yang memetik sumber enggan dikenali menyebut sumber itu berkata
juruterbang pesawat MH370 tidak bersalah dalam kejadian itu.
“Penerbangan MH370 yang hilang pada 8
Mac lepas telah dirampas, kedua-dua juruterbang tidak bersalah dan
pesawat dirampas oleh pesawat yang dikenali, kami hanya mengetahui nama
pengganas yang memberikan arahan sebagai ‘Hitch’.
“Pesawat itu kini berada tidak jauh di
Kandaharberdekatan dengan sempadan Pakistan,” dakwa akhbar berkenaan
yang dipetik laman web voiceofrussia.com.
Menurut laporan itu, sumber berkenaan
mendakwa pesawat itu diletakkan di sebuah jalan di pergunungan dan
sayapnya rosak, kemungkinan akibat pendaratan yang agak kasar.
“Semua penumpang terselamat dan mereka diletakkan di dalam sebuah pondok dengan hampir tiada makanan,” katanya.
Sumber yang tidak didedahkan namanya itu
berkata beberapa orang ‘pakar’ yang berjumlah 20 orang dari Asia telah
ditahan dengan seorang daripada mereka warga Jepun.
Ia kemungkinan merujuk kepada para pekerja syarikat elektronik Freescale Semiconductor.
Biarpun begitu pendedahan akhbar itu tidak menular ke seluruh dunia mahupun ke Amerika Syarikat.
Akhbar itu melaporkan, pihak berkuasa
Malaysia membuat pengumuman bahawa pesawat itu telah pun mengakhiri
penerbangannya di Lautan Hindi.
Sebelum itu, akhbar The Independent pada
16 Mac pernah melaporkan spekulasi berkaitan pesawat berkenaan telah
terbang di kawasan yang dikawal oleh militan Taliban.
“Pesawat MH370 yang hilang telah
diterbangkan tanpa dikesan radar ke kawasan Taliban di sempadan
Afghanistan,” menurut laporan The Independent.
Sumber:Mynewshub.my
No comments:
Post a Comment