Monday, April 14, 2014

Penyelam Tidak lagi Menerima Isyarat 'Ping' dari MH370

14/04/2014 
 
Bluefin Robotics
Perth - Pihak berkuasa Australia memastikan tak ada lagi penemuan ping dari kotak hitam Malaysia Airlines MH370 sejak minggu lalu. Dipercayai kuat, bateri pesawat Boeing 737-200ER itu sudah habis. Strategi pencarian pun berubah ketika menyelam!

Koordinator Joint Agency Coordination Centre (JACC), Angus Houston, pesawat selam mini untuk melacak keberadaan MH370 di Samudera Hindi  yang luas nan dalam itu segera dilancarkan. Berbekal petunjuk signal sebelumnya dan ceceran minyak, mereka mulai memiliki gambaran zon yang harus disisir.

"Kami belum mengesan signal apa pun selama enam hari, jadi saya rasa saatnya untuk menyelam," kata Houston dalam sidang media yang disiarkan langsung oleh CNN, pada 14/4/2014).

Salah satu kapal selam mini yang dipersiapkan untuk turun ke bawah laut adalah Bluefin-21. Autonomous Underwater Vehicle (AUV) tersebut berbentuk seperti peluru berpandu yang dilengkapi sonar pemindai samping, profiler bawah air, multibeam echosounder, dan kamera digital. Robot ini juga dilengkapi dengan sistem navigasi yang akurat di bawah air. Bluefin-21 boleh menyelam hingga kedalaman 4,500 meter.

Sebelumnya empat signal sudah dikesan di Samudera Hindi  yang dipercayai dari black box MH370. Perdana Menteri (PM) Australia Tony Abbott sangat yakin bahawa signal-signal tersebut berasal dari kotak hitam pesawat yang hilang pada 8 Mar  itu.

Namun PM Abbott mengingatkan bahawa pencarian serpihan pesawat boleh berlangsung untuk waktu yang lama. Dikatakannya, meskipun pesawat MH370 memang berada di dasar lautan yang masuk kawasan pencarian di Samudera Hindi , menemukannya merupakan tugas yang masiv.

Sebelum ini Pakar Pusat Analisis Akustik Bersama Australia (AJACC) di New South Wales & pengeluar kotak hitam di Amerika Syarikat mengesahkan bahawa isyarat 33.31 khz itu adalah daripada perakam data penerbangan sebuah kotak hitam MH370.

No comments:

Post a Comment