KUALA LUMPUR - Pakatan Rakyat menghantar satu notis supaya diberikan
taklimat mengenai tragedi kehilangan MH370 sebagaimana yang diminta oleh
pihak kerajaan semalam.
Ahli Parlimen Seremban, Anthony Loke Siew Fook berkata, dengan penyerahan notis berkenaan maka tiada lagi sebarang alasan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim untuk membatalkan sesi taklimat tersebut.

"Saya sudah menyerahkan notis tersebut secara 'by hand' semalam kepada Shahidan kira-kira jam 4 petang.
"Kami (PR) mencadangkan supaya taklimat MH370 itu diadakan pada 8 April
depan, sebaik sahaja selesai urusan sesi sidang Dewan Rakyat pada hari
itu," katanya di lobi Parlimen hari ini.
Semalam, Shahidan menafikan kerajaan Persekutuan menyatakan persetujuan
untuk memberikan taklimat mengenai kehilangan MH370 kepada kesemua Ahli
Parlimen pembangkang.
Sebaliknya, kerajaan masih menunggu permohonan dari pembangkang bagi sesi taklimat berkenaan.
Ujar Shahidan, permohonan atau notis berkenaan perlu dilakukan sebagai
memenuhi 'tatacara pentadbiran' sepertimana yang dibuat Kelab Penyokong
Kerajaan (BNBBC) sebelum ini.
Sebelum ini, taklimat MH370 kepada Ahli Parlimen pembangkang yang
disebut akan diadakan pada malam 1 April dibatalkan ekoran Pemangku
Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussien terbang ke Hawaii
atas urusan rasmi.
Pembangkang membidas tindakan itu sambil menyifatkan ia lambang
kerjasama yang hambar di antara kerajaan BN dan PR dalam menyelesaikan
misteri MH370.
Shahidan pula dalam reaksi balasnya berkata, tiada notis awal diberikan oleh Ahli Parlimen PR kepada menteri sepertimana yang dilakukan oleh BNBBC sebelum ini.
“Saya sudah bercakap kepada Gelang Patah (Lim Kit Siang) pada minggu lepas supaya menghantar sedikit nota. Saya sudah maklum kepada PKR dan Ahli Parlimen lain supaya boleh saya menetapkan tarikh kepada menteri.
“Bila saya buat komitmen pada hari tersebut menteri berada dalam keadaan yang sangat sibuk sekali. Tidak mendapat tarikh taklimat," beliau dipetik sebagai berkata sebelum ini.

No comments:
Post a Comment