April 04, 2014
Keluarga penolong pengarah Jabatan
Kastam Diraja Malaysia, Ahmad Sarbaini Mohamed yang ditemui mati di
Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tiga tahun lalu
memfailkan tuntutan saman RM8 juta ke atas kerajaan, SPRM, ketua
pesuruhjaya dan enam pegawainya hari ini.
Dengan mendakwa Ahmad Sarbaini dibunuh tanpa mengikut undang-undang
oleh SPRM, isterinya, Masiah @ Maziah Manap berkata, dia mahu tahu apa
sebenarnya berlaku ke atas suaminya.
Peguam N Surendran yang memfailkan saman itu di Mahkamah Tinggi Kuala
Lumpur bagi pihak Masiah dan anaknya, Shahril Ahmad Sarbaini berkata,
secara alternatifnya defendan perlu bertanggungjawab kerana menyebabkan
Ahmad Sarbani jatuh dari tingkap bangunan SPRM ke atas gelanggang
badminton di premis pejabatnya di Jalan Cochrane pada 6 April 2011.
Keluarga juga mendakwa defendan membuat serangan mental ke atas Ahmad Sarbani yang menyebabkan kematiannya.
"Saya yakin dia tidak bersalah. Saya perlu tahu kebenarannya," kata
Masiah yang turut hadir ke Kompleks Mahkamah Jalan Duta hari ini.
Surendran berkata, adalah sesuatu yang tidak boleh diterima, selepas
tiga tahun tidak ada seorangpun yang dipertanggungjawabkan di atas
kematian pegawai kastam ini.
"Dia berapa setiap masa di bawah jagaan SPRM. Dia dibawa untuk disoal siasat tetapi keluar sebagai orang yang mati," katanya.
Serendran menambah sehingga ke hari ini, tiada sebarang bukti Ahmad Sarbaini terlibat dengan sebarang salah laku rasuah.
Ekoran kejadian itu, satu inkues dijalankan pada bulan Disember 2011,
di mana koroner menolak ia satu pembunuhan, salah laku atau bunuh diri
di atas kematian Ahmad Sarbaini yang berumur 56 tahun ketika itu.
Koroner Aizatul Akmal Maharani mendapati pengakuan Ahmad Sarbaini
kepada SPRM pada 4 April bahawa beliau menerima rasuah daripada dua ejen
penghantaran menjejaskan pemikirannya.
Menurut Aizatul, tekanan menyebabkan Ahmad Sarbaini mahu menarik balik
pengakuan bersalah, adalah punca mengapa dia kembali ke pejabat SPRM
pada 6 April.
Oleh itu, koroner berkata kematian beliau adalah kemalangan, sambil
menambah teori dia dibunuh tidak mempunyai sokongan. Koroner kemudiannya
menyeluarkan hukuman "bernasib malang".
Keluarga beliau bagaimanapun menolak penghakiman itu.
Surendran memberitahu pemberita hari ini, adalah tidak masuk akal untuk mempercayai Ahmad Sarbaini, yang mempunyai kerja yang dihormati dan keluarga yang perlu dijaga, akan memanjat tingkap dan terjun.
Surendran memberitahu pemberita hari ini, adalah tidak masuk akal untuk mempercayai Ahmad Sarbaini, yang mempunyai kerja yang dihormati dan keluarga yang perlu dijaga, akan memanjat tingkap dan terjun.
"Dan apabila kemalangan ini berlaku, pihak berkuasa cepat-cepat membuat kenyataan dia cuba membunuh diri.
"Dan rakaman CCTV di pejabat SPRM dipadamkan, jadi semua ini
menimbulkan pelbagai persoalan dan jelas kematiannya disebabkan oleh
SPRM dan kakitangannya," kata Surendran.
Ahmad Sarbaini ditemui mati di atas gelanggang badminton yang terletak di tingkat satu pejabat SPRM pada 6 April 2011.
Dia antara 62 orang kakitangan kastam yang ditahan SPRM bagi
penyiasatan kes rasuah, yang melibatkan kerugian sehingga RM2.2 bilion
cukai yang tidak diisytiharkan. – 4 April, 2014.
The Malaysian Insider
No comments:
Post a Comment