Monday, April 14, 2014

Ringgit lemah tidak sukar bendung inflasi, kata Zeti

April 13, 2014
Gabenor Bank Negara Malaysia Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz (gambar) berkata ringgit tidak jatuh "sebegitu banyak" dan menunjukkan bahawa penurunan mata wang tempatan itu tidak menyebabkan kesukaran untuk mengawal inflasi.

"Ia bukan satu kebimbangan kerana kami juga mengetahui bahawa ia tercetus akibat daripada langkah pengurangan pembelian bon AS. Ini bukan satu fenomenan yang unik kepada kami, dan kami pernah melihatnya sebelum ini," kata Zeti dalam program wawancara dengan Bloomberg di Washington DC, pada Sabtu.

Sesetengah pasaran sedang pesat membangun mengalami aliran keluar modal yang menyebabkan penurunan mata wang mereka, selepas para pegawai Rizab Persekutan AS kira-kira setahun lalu mula menunjukkan petanda bahawa mereka akan mula mengurangkan program pembelian aset mereka.

 Bank pusat AS mengumumkan bahawa ia akan mula mengurangkan pembelian bon mereka pada Disember.
Indeks harga pengguna Malaysia naik 3.5% pada Februari daripada setahun lalu, kadar paling pantas dalam tempoh lebih daripada 2 1/2 tahun, selepas pihak berkuasa mengurangkan subsidi untuk membendung defisit fiskal.
"Apa yang menyebabkan inflasi ini ialah sebenarnya pelarasan harga oleh kerajaan," kata Zeti.

Beliau juga berkata ringgit tidak seharusnya diniagakan di peringkat antarabangsa sehingga pasaran pertukaran asing domestik menjadi kukuh.
Menurutnya, perubahan-perubahan utama tidak sepatutnya diperkenalkan dalam tempoh yang tidak stabil seperti ini apabila bank pusat seluruh dunia mula menormalkan dasar mereka. – Bernama, 13 April, 2014./TMI

No comments:

Post a Comment