Semua
kerajaan negeri perlu berusaha mewujudkan akses internet tanpa wayar di
wilayah masing-masing untuk memudahkan orang ramai dan pelancong
mengakses capaian internet Wi-Fi secara percuma di lokasi tumpuan.
Menyarankan demikian, Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia
Datuk Jailani Johari (gambar) berkata kementeriannya sedia bekerjasama
untuk tujuan itu bersama mana-mana kerajaan negeri.
Katanya sebagai contoh, kerajaan negeri Terengganu yang komited memberikan kemudahan 'Terengganu Open Wi-Fi' kepada orang ramai dan pelancong mengakses capaian internet dengan menyediakan kemudahan Wi-Fi secara percuma di 600 lokasi strategik melibatkan peruntukan RM30 juta.
Katanya sebagai contoh, kerajaan negeri Terengganu yang komited memberikan kemudahan 'Terengganu Open Wi-Fi' kepada orang ramai dan pelancong mengakses capaian internet dengan menyediakan kemudahan Wi-Fi secara percuma di 600 lokasi strategik melibatkan peruntukan RM30 juta.
"Ia merupakan satu inisiatif yang bagus dari Terengganu kerana kadar
penembusan jalur lebar kebangsaan perlu dipertingkatkan di mana ketika
ini telah mencapai 67.1% setelah pelbagai program dihasilkan di bawah
Pelan Jalur Lebar Kebangsaan," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Projek
Perintis Terengganu Open Wi-Fi bersama Menteri Besar Datuk Seri Ahmad
Said di Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM) di sini hari ini.
Program Pelan Jalur Lebar Kebangsaan itu termasuk program Kampung
Tanpa Wayar 1Malaysia, Pusat Internet 1Malaysia, Pusat Jalur Lebar
Komuniti Kecil, Perpustakaan Jalur Lebar, peluasan liputan selular dan
program Komputer 1Malaysia.
Dalam perkembangan lain, menurut Jailani sebanyak 39 menara
telekomunikasi akan dipasang di seluruh Terengganu melibatkan kos RM58.5
juta dimana setakat ini kadar penembusan jalur lebar di Terengganu
mencatat kadar 57.3%.
Menurutnya pembinaan menara tambahan itu merupakan sebahagian daripada
rancangan membina 1,000 menara telekomunikasi di seluruh negara dalam
tempoh tiga tahun membabitkan peruntukan RM1.5 bilion.
Sementara itu Ahmad berkata daerah Kuala Terengganu dipilih sebagai
projek perintis 'Terengganu Open Wi-fi' sebelum ianya diperluaskan ke
seluruh Terengganu.
Katanya kemudahan itu sedang dan akan dipasang di tempat-tempat tumpuan
orang ramai terutama di semua kawasan Pejabat Daerah dan Tanah, kawasan
Pantai Peranginan Batu Buruk, hospital, stesen bas, pasar, kawasan
bandar dan perpustakaan selain termasuk pusat-pusat khidmat Dewan
Undangan Negeri (DUN).
Ahmad berkata setakat ini lima lokasi telah sedia dipasang kemudahan
capaian akses Wi-Fi percuma termasuk di Pantai Peranginan Batu Buruk,
Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Perpustakaan Awam Kuala Terengganu
dan Stesen Bas Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT). – Bernama, 6
April, 2014 TMI
No comments:
Post a Comment