Saturday, May 17, 2014

2 lelaki ditahan kerana kuburkan wanita hidup-hidup

17/05/2014  
 
Gambar hiasan
New Jersey - Dua lelaki di Amerika Syarikat ditangkap polis  kerana menguburkan seorang wanita hidup-hidup. Kedua lelaki tersebut dijerat dakwaan pembunuhan oleh pihak berkuasa tempatan.

Salah seorang lelaki yang ditangkap (36) mengenal mangsa yang merupakan ibu dua anak bernama Fatima Perez (41). Korban dilaporkan hilang sejak Isnin (12/5) malam di Camden, New Jersey.

Menurut Polis Camden, seperti dilansir AFP, Sabtu (17/5/2014), kes ini bermula ketika korban pergi keluar pada Isnin (12/5) untuk membeli sebuah kereta berharga US$ 8 ribu   yang dibayar tunai. Salah seorang suspek, Carlos Alicea-Antonetti sepakat untuk menghantarkannya ke lokasi pembelian kereta tersebut.

Di tengah perjalanan, mangsa dan suspek terlibat pertengkaran hingga akhirnya mangsa terjatuh dari kereta. Namun mangsa kembali masuk ke dalam kereta dan perjalanan diteruskan. Suspek sempat menjemput salah seorang pegawainya, Ramon Ortiz (57), yang merupakan suspek seorang lagi  .

Setelah itu, kronologi kejadian yang disampaikan kedua suspek kepada polis sedikit berbeda. Namun keduanya sama-sama mengakui bahawa mangsa memang dikuburkan hidup-hidup. Lokasi penguburan berada di sebuah hutan yang ada di wilayah Camden bahagian selatan dan digali oleh Ortiz.

Kepada polis , kedua suspekmengakui mengikat dan menyekap mulut serta mata mangsa dengan pita perekat, kemudian menyeret mangsa keluar dari kereta. Setelah itu, mangsa dikuburkan hidup-hidup. Motif penguburan hidup-hidup ini sendiri tidak dijelaskan.

Namun Ortiz menunjukkan lokasi penguburan mangsa kepada polis, pada Rabu (14/5). Polis  menemuimangsa  telah tidak bernyawa dan hasil bedahsiasat  menunjukkan bahawa mangsa mati  sebab lemas.

Dua suspek ditangkap dan didakwa atas kes pembunuhan dan akan segera menjalani perbicaraan untuk mempertanggungjawabkan perbuatan keji mereka. Wilayah Camden yang memiliki 77 ribu penduduk, dikenali sebagai salah satu kota yang paling miskin dan paling marak dengan kekerasan di AS.detikNews

No comments:

Post a Comment