9 May 2014
Tiga pemimpin Majlis Perwakilan Mahasiswa Univerisiti Malaya (UM) diberi
surat tunjuk sebab kerana mengadakan protes sewaktu lawatan Presiden
Amerika Syarikat Barack Obama ke kampus tersebut.
Ketiga-tiga pelajar itu ialah Timbalan Presiden Majlis Perwakilan Mahasiswa Lee Jin Yang, Setiausaha Fahmi Zainol dan timbalan setiausaha Leong Yu Sheng.
Surat tunjuk sebab itu dikeluarkan oleh bahagian hal ehwal pelajar (HEP) UM semalam melalui emel kepada mereka.
Pelajar
itu mengadakan protes ringkas mengenai Perjanjian Perdagangan Trans
Pasifik (TPPA) dan sokongan kepada rakyat Mesir semasa presiden itu
datang ke universiti itu pada 27 April lalu di mana beliau bertemu
peserta Young Southeast Asian Leadership Initiative.
"Kami menerima surat yang mendakwa kami melanggar dan menjejaskan nama baik universiti kerana mempamerkan plakad bertulis 'No TPPA' dan logo pasal kes di Mesir," kata Leong ketika dihubungi Malaysiakini pagi ini.
Menurutnya lagi, Leong berkata mereka diberi masa selama tujuh hari daripada tarikh surat itu untuk menjawab surat daripada pihak HEP.
Katanya, pihaknya akan mengadakan sidang media berhubung isu ini 3 petang ini. Malaysiakini
Ketiga-tiga pelajar itu ialah Timbalan Presiden Majlis Perwakilan Mahasiswa Lee Jin Yang, Setiausaha Fahmi Zainol dan timbalan setiausaha Leong Yu Sheng.
Surat tunjuk sebab itu dikeluarkan oleh bahagian hal ehwal pelajar (HEP) UM semalam melalui emel kepada mereka.
"Kami menerima surat yang mendakwa kami melanggar dan menjejaskan nama baik universiti kerana mempamerkan plakad bertulis 'No TPPA' dan logo pasal kes di Mesir," kata Leong ketika dihubungi Malaysiakini pagi ini.
Menurutnya lagi, Leong berkata mereka diberi masa selama tujuh hari daripada tarikh surat itu untuk menjawab surat daripada pihak HEP.
Katanya, pihaknya akan mengadakan sidang media berhubung isu ini 3 petang ini. Malaysiakini
No comments:
Post a Comment