Wednesday, May 7, 2014

Akibat Kesilapan Doktor, Lelaki ini Jalani Pembedahan Pemandulan

Rabu, 7 Mei 2014
 
gambar hiasan

LIVERPOOL,   Para doktor di Rumah Sakit Royal Liverpool, England, melakukan blunder luar biasa setelah tidak sengaja melakukan vasektomi terhadap seorang lelaki yang sepatutnya menjalani pembedahan untuk penyakit lain.

Kesalahan fatal ini membuat lelaki yang tak disebutkan namanya itu menjadi steril pada sisa hidupnya. Ertinya,lelaki  ini akan mandol.

Para doktor, yang seharusnya melakukan prosedur pembedahan yang sederhana untuk saluran kencing, meminta maaf atas kesalahan itu dan menjanjikan pembedahan  baru untuk membatalkan vasektomi itu.

Namun, pembatalan vasektomi tidak bererti bahawa lelaki itu akan kembali subur. Angka kejayaan  rawatan kesuburan bahkan sangat kecil.

"Kes ini sangat mengejutkan dan membimbangkan," kata Ian Cohen, peguam kes-kes malapraktik.

"Sepanjang pengetahuan kami, telah terjadi blunder dalam prosedur perubatan kerana pemeriksaan sederhana boleh memastikan doktor melakukan pembedahan untuk pesakit yang benar. Prosedur inilah yang gagal dilaksanakan rumah sakit," tambah Cohen.

"Lelaki ini sepatutnya boleh mendapatkan gantirugi sebanyak   100.000 poundsterling  ," tambah Cohen.

Sementara itu, Pengarah perubatan RS Royal Liverpool dr Peter Williams mengesahkan maklumat mengenai kesalahan pada pasukan perubatannya, dan dia meminta maaf.

"Kami benar-benar menyesali kejadian ini. Kami kini sedang melakukan penyiasatan menyeluruh untuk memahami mengapa kesalahan seperti ini boleh terjadi, dan bagaimana kami memastikan hal seperti ini tak akan terjadi lagi," tambah Williams.


Sumber: Daily Mail/KOMPAS.com

No comments:

Post a Comment