Thursday, May 15, 2014

Ingatkan drone Jatuh di Korea Selatan , Rupanya Pintu Tandas

14/05/2014 

 
Salah satu pesawat tak berawak yang jatuh di Korea Selatan (CNN)
Seoul - Pihak berkuasa Korea Selatan mendapat penemuan benda mencurigakan yang dipercayai pesawat tak berawak yang jatuh. Setelah diperiksa, ternyata benda mencurigakan tersebut hanyalah pintu tandas portabel yang rosak.

Seorang pejalan kaki melaporkan penemuan benda mencurigakan di antara bebatuan dan pepohonan yang ada   dekat markas tentera di perbukitan Seoul. Dia menduga, benda tersebut merupakan pesawat tak berawak yang jatuh.

Juru cakap Kementerian Ppasukan penyiasat telah dikerahkan ke lokasi penemuan dan hasilnya menunjukkan bahawa benda mencurigakan tersebut hanya potongan pintu tandas portabel yang rosak.

Warna pintu tandas tersebut memang mirip dengan warga biru langit yang ada pada tiga pesawat tak berawak yang ditemuidi sejumlah wilayah Korsel, pada Mar dan April lalu.

"Bentuknya dari kejauhan dan warnanya mungkin memicu kebingungan," tutur juru cakap tersebut.

Minggu  lalu, pihak berkuasa Korea Selatan mengungkapkan hasil penyiasatan gabungan dengan ahli dari Amerika Syarikat yang menunjukkan bahawa tiga pesawat tak berawak yang jatuh di wilayah Korsel, memang diterbangkan dari Korea Utara. Disebutkan juga bahawa pesawat tak berawak tersebut sengaja diprogram untuk terbang di atas instalasi tentera Korea Selatan

Menanggapi hal tersebut, otoriti Korut menyangkal dengan tegas keterkaitannya dengan pesawat tak berawak. Korea Utara malah menuding balik Korea Selatan sengaja merekayasa bukti-bukti untuk menuduh Korea Utara. detikNews

No comments:

Post a Comment