
Kelemahan
yang terdedah dalam laporan awal penerbangan Malaysia Airlines MH370
sangat membimbangkan dan menimbulkan persoalan berhubung kecekapan pusat
operasi penerbangan itu, kata kapten Airbus A330 yang menulis buku
tentang kemalangan Air France 447.
Dalam artikel beliau di CNN, Bill Palmer berkata laporan lima mukasurat
itu menunjukkan Kementerian Pengangkutan Malaysia masih cuba melindungi
segala maklumat yang diperolehi.
Beliau berkata perkara ini jelas dilihat apabila dibandingkan dengan
laporan awal kemalangan lain seperti penerbangan Air France 447 yang
begitu terperinci sekali.
"Malah, masa yang berlalu tiga jam dan 52 minit antara pengawal di Ho
Chi Minh, Vietnam melaporkan kepada pengawal trafik Kuala Lumpur,
Malaysia bahawa pesawat MH370 belum menghubunginya, dan masa yang
diambil untuk mengaktifkannya," kata Palmer, kapten Airbus 330
penerbangan besar dan penulis buku “Understanding Air France 447” yang
menjelaskan butiran dan pengajaran hempasan pesawat itu.
Palmer berkata laporan awal mencatatkan pengawal Ho Chi Minh melaporkan
ternampak pesawat MH370 di petunjuk arah Igari, kedudukan yang masih di
dalam ruang udara Malaysia di mana pesawat tersebut diarahkan untuk
menghubungi Ho Chi Minh, tetapi tiada hubungan suara.
Beliau memetik laporan itu mengatakan pengawal juga melihat “blip
radar” hilang di atas satu lagi petunjuk arah dalam perjalanan pesawat
itu di timur utara Igari, dalam ruang udara Ho Chi Minh dan kurang 100
batu dari selatan Vietnam.
Selepas tidak mendapat apa-apa respons daripada pesawat itu selama 17
minit, kedua-dua pengawal menghabiskan masa 20 minit cuba menghubungi
pesawat itu melalui pelbagai frekuensi, kata laporan tersebut, dan
melalui sambungan pesawat lain dalam ruangan itu seperti yang
dijangkakan.
Palmer berkata pada detik inilah para pengawal mula merujuk kepada syarikat penerbangan, dan sejak itu keadaan bertambah pelik.
Pada 2.03 pagi waktu tempatan, pusat kawalan operasi Malaysia Airlines
memberitahu penyelia di kawalan trafik Kuala Lumpur bahawa pesawat
tersebut berada di ruang udara Cambodia. – 4 Mei, 2014. The Malaysian Insider
No comments:
Post a Comment