PKR
dan DAP perlu menghalang rakan sekutu mereka, PAS, daripada
melaksanakan hukum hudud di Kelantan, kata presiden MCA Datuk Seri Liow
Tiong Lai (gambar).
Beliau berkata PKR dan DAP telah membantu PAS dalam pilihan raya umum
yang lepas, justeru kedua-dua parti itu dilihat mempunyai kuasa untuk
“menghalang” pelaksanaan hukuman itu.
"Kini PAS bercadang melaksanakan hudud, jadi terserah kepada DAP dan
PKR untuk bercakap dengan mereka (PAS)," katanya selepas merasmikan
“Dharma Walk 2014 – Strive on with Every Step” anjuran Young Buddhist
Association of Malaysia (YBAM) di Petaling Jaya hari ini.
Isu pelaksanaan hudud di Kelantan kembali hangat menjadi perbincangan
umum akhir-akhir ini apabila kerajaan negeri Kelantan, melalui anggota
Parlimen parti itu, bercadang membawa usul rang undang-undang
persendirian untuk melaksanakan hudud, di Dewan Rakyat Jun ini.
Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah dipetik
sebagai berkata pembentangan rang undang-undang hudud itu adalah bagi
mendapatkan kebenaran Parlimen, melaksanakan Enakmen Kanun Jenayah
Syariah (2) 1993.
DAP menentang rang undang-undang itu yang menegaskan bahawa pelaksanaan
hukum hudud tidak pernah menjadi kesepakatan dalam pakatan PAS-DAP-PKR.
– Bernama, 4 Mei, 2014.
No comments:
Post a Comment