Monday, May 12, 2014

Lima negara penduduknya paling panjang umur

12/5/14
Setiap kali orang berulang tahun maka rakan-rakan, keluarga atau kerabat biasanya mendoakan selalu siehat sentosa, panjang umurnya serta mulia.

Tentu sebahagian orang memang ingin hidupnya berumur panjang supaya dia bisa memenuhi segala keinginannya atau mendapatkan sesuatu yang paling diimpikan.

Sejak era 1970-an dan 1980-an penduduk dunia punya harapan hidup lebih panjang dari sebelumnya, terutama di negara-negara lebih maju dibanding di negara membangun.

Negara mana saja yang warganya memiliki harapan hidup cukup panjang? Berikut ulasannya seperti dikutip dari web toptenz.net, awal bulan ini.

 Lima negara penduduknya paling panjang umur

 1. Monaco

Negara di Eropah ini warganya memiliki harapan hidup hingga usia 89.6 tahun. Monaco terkenal sebagai negara pelancungan dan rakyatnya termasuk imigran paling kaya sejagat. Monaco memang termasuk salah satu negara kaya di dunia.

Kaum hawa di Monaco bahkan punya harapan hidup hingga 93.7 tahun dan kaum laki-lakinya boleh mencapai usia hingga 85.7 tahun.

Rakyat Monaco kebanyakannya hidup cukup mewah dan para pekerja di sana digaji tinggi. Oleh kerana itu rakyat Monaco mampu mendapatkan jaminan kesihatan terbaik.

Lima negara penduduknya paling panjang umur

2.
Macau

Seperti Hong Kong, Macau merupakan wilayah administrasi khusus China. Populasi di Macau hanya sekitar 500 ribu orang.

Macau dikenali sebagai tempat kaki judi mengadu nasib. Alhasil Macau menarik minat ramai investor dan orang berduit. Negara ini juga mempunyai  Produk Domestik Bruto (PDB) per kapita salah satu yang terbesar di dunia.

Penduduk Macau mempunyai harapan hidup rata-rata mencapai 84.46 tahun. Kaum perempuan biasanya boleh hidup lebih lama. Mereka rata-rata boleh hidup sampai usia 87.5 tahun dan kaum laki-laki hingga 81.5 tahun.


Lima negara penduduknya paling panjang umur

3.
Jepun

Jepun adalah negara yang terkenal dengan kebiasaan rakyatnya makan makanan sihat. Rakyat Jepun rata-rata suka makan ikan, rumput laut, dan teh hijau. Jenis makanan itu membuat warga Jepun lebih sihat dan tidak terkena penyakit berbahaya seperti kanser atau penyakit hati.

Jepun juga dikenali sebagai negara dengan tingkat kegemukan terendah di dunia. Hanya 3.5 peratus rakyat Jepun dianggap kelebihan berat badan.

Warga Negeri Matahari Terbit ini mempunyai harapan hidup hingga rata-rata 84.19 tahun. Kaum perempuan boleh hidup hingga rata-rata 86 tahun dan kaum laki-laki hingga 82 tahun.


Lima negara penduduknya paling panjang umur

4.
Singapura

  Sebagai salah satu negara kaya di dunia rakyat Singapura punya harapan hidup hingga rata-rata 84 tahun.

Singapura juga merupakan salah satu negara dengan sistem kesihatan terbaik. Kajian pada tahun 2000 menempatkan Singapura di peringkat enam di dunia.

Kaum wanitadi Singapura boleh punya harapan hidup hingga 85 tahun dan warga laki-laki hingga 80 tahun.
Lima negara penduduknya paling panjang umur

5.
San Marino

San Marino adalah salah satu negara terkecil di dunia, bahkan lebih kecil dari Andorra. Rakyat San Marino kebanyakan berasal dari imigran Itali . Tapi rakyat San Marino boleh punya harapan hidup hingga dua tahun lebih panjang dibanding warga Itali. Rata-rata harapan hidup warga San Marino boleh mencapai 83.12 tahun.

Penduduk San Marino dikenal relatif lebih santai hidupnya dan bebas stres. Kaum wanita di negara ini punya harapan hidup hingga 85.7 tahun dan kaum laki-lakinya boleh hidup hingga rata-rata 80 tahun.

sumber: Merdeka.com

No comments:

Post a Comment