6/05/14

Mahkamah membebaskan ADUN Seri Setia Nik
Nazmi Nik Ahmad hari ini daripada satu pertuduhan baru ke atasnya
berhubung perhimpunan 'Black 505', Mei tahun lalu.
Mahkamah Sesyen Petaling Jaya Yasmin
Abdul Razak memutuskan, Nik Nazmi telahpun dibebaskan dan dilepaskan
dari pertuduhan sama oleh Mahkamah Rayuan, 11 hari lalu.
Hakim Yasmin memutuskan Nik Nazmi dilepaskan tetapi tidak dibebaskan dari pertuduhan mengikut Akta Perhimpunan Aman 2012 itu.
Katanya, pendakwaan sepatutnya
meneruskan rayuan ke Mahkamah Persekutuan atas keputusan Mahkamah Rayuan
dan tidak memfailkan kes baru di Mahkamah Sesyen.
Nik Nazmi, 32, didakwa mengikut Seksyen
9(5) akta tersebut kerana didakwa gagal mengeluarkan notis 10 hari
mengikut Seksyen 9(1) akta sama, kerana menganjurkan perhimpunan 'Black
505'.
Perhimpunan berkenaan berlangsung di Stadium Kelana Jaya tidak lama selepas pilihan raya umum tahun lalu.
Tuduhan itu serupa dengan tuduhan yang dikemukakan ke atasnya di mahkamah sama tahun lalu selepas perhimpunan 8 Mei itu.- Malaysiakini
No comments:
Post a Comment