Ahli
Umno perlu sedar diri dan berhenti bertelagah sesama sendiri sehingga
boleh melemahkan parti itu dalam pilihan raya. Gambar fail The Malaysian
Insider.Sempena ulang tahun penubuhan Umno ke-68, akhbar
Utusan Malaysia hari ini mengatakan masih ramai lagi pemimpin parti itu
'tidak sedar diri' apabila sering bertelagah sesama sendiri sehingga
menimbulkan rasa muak rakyat kepada parti itu.
Melalui ruangan rencana akhbar milik Umno itu,Pengarang Zulkiflee Bakar
berkata, perbuatan berebut jawatan dan bertelagah sesama sendiri masih
wujud sehingga melemahkan Umno dalam pilihan raya.
"Sehingga ke hari ini, masih ramai pemimpin dan ahli Umno di peringkat
cawangan, bahgaian mahupun negeri bertelagah sesama sendiri.
Katanya, Umno harus mengakui persiapan menghadapi Pilihan Raya Umum
(PRU14) ke-14 sangat mencabar dan perlu dilakukan dari sekarang.
Zulkiflee berkata, Umno perlu memastikan tiada konflik dalaman yang
diakuinya sering menjadi duri dalam daging kepada usaha parti Melayu
terbesar itu.
Selain itu, akhbar itu mendakwa Umno menempah tempat di kuburan politik
jika terus leka bernostalgia dengan jasa pemimpin terdahulu tanpa
menyedari senario politik kini semakin berubah dan pemikiran rakyat
semakin berkembang.
Katanya, Umno masih mencanangkan kejayaannya memperoleh 89 kerusi
Parlimen semasa PRU13 lalu sekali gus mendakwa parti itu masih relevan
dalam kalangan orang Melayu.
Namun tidak menyedari hakikatnya jumlah kerusi tersebut masih memaksa
Umno meminta bantuan komponen Barisan Nasional (BN) untuk menubuhkan
kerajaan.
"Malah apa yang perlu difahami Umno juga gagal mempertahankan beberapa
kerusi sama ada di peringkat Parlimen atau Dewan Undangan Negeri (DUN)
yang secara tradisinya milik parti tersebut.
"Mungkin jika kerusi tersebut tidak terlepas ke tangan pembangkang,
Umno mungkin sudah menawan Selangor dan BN boleh memerintah dalam
kedudukan majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat.
"Situasi itu tidak berlaku kerana dalam kalangan pemimpin dan ahli Umno
masih tidak berubah sikap biarpun mereka mengetahui betapa gigih pucuk
pimpinan parti berusaha memastikan Umno diterima rakyat," katanya. – 10
Mei, 2014. The Malaysian Insider
No comments:
Post a Comment