Sunday, May 25, 2014

Muzium Yahudi di Ceroboh Lelaki Bersenjata, 3 Orang Terbunuh

25/05/2014 

Brussel - Aksi penembakan brutal terjadi di sebuah muzium Yahudi di pusat kota Brussel, Belgium pada Sabtu  24/5/2014 . Seorang lelaki bersenjata menembak membabi buta ke arah muzium tersebut. Tiga orang terbunuh  dan seorang cedera.

 Tindakan lelaki tersebut yang menunjukkan sikap 'anti semit' mengejutkan masyarakat Belgium.

"Dua wanita dan seorang lelaki terbunuh. Mangsa ketiga meninggal di rumah sakit," ujar Menteri Dalam Negeri Joelle Milquet di lokasi kejadian, sebagaimana dilansir AFP, Ahad (25/5/2014).

Milquet mengatakan pihaknya belum dapat mengenalpasti apakah ketiga korban adalah pengunjung atau pekerja  muzium tersebut. Namun Milquet menegaskan, terlalu awal jika serangan lelaki bersenjata itu dikategorikan sebagai 'anti semit' sebab penyiasatan masih dijalankan. Namun melihat sasaran penembakan, ada alasan kuat untuk menyebutnya sebagai tindakan tersebut.

Seorang tokoh komuniti Yahudi di Brussel, Joel Rubinfeld mengatakan tindakan itu jelas serangan teror. Perdana Menteri Belgium Elio Di Rupo juga menyatakan keterkejutannya dengan serangan itu.

Polis masih memburu suspek yang melakukan serangan tersebut. Ketika ini, kawasan di sekitar muzium telah ditutup, dan polis  meningkatkan keselamatan di tempat-tempat komuniti Yahudi di seluruh Belgium. detikNews

No comments:

Post a Comment