Oleh ELIZABETH ZACHARIAH May 06, 2014
Jika
Kristian terus berkembang, jumlah mereka akan melebihi umat Islam dalam
negara pada tahun 2100, kata kumpulan Islam. Gambar fail The Malaysian
Insider. Dakyah Kristianisasi dibawa sekali lagi hari ini
dalam satu forum di sebuah universiti awam di depan kira-kira 1,000
peserta dengan memberitahu mereka, jumlah penganut Kristian akan
mengatasi umat Islam menjelang tahun 2100 di Malaysia.
Presiden Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (Muafakat),
Abdul Karim Omar, berkata ini adalah berdasarkan pertumbuhan pesat
penganut agama itu di Malaysia.
“Inilah yang akan dihadapi oleh rakyat Malaysia jika Kristianisasi terus dibenarkan di negara ini.
"Berdasarkan kajian kami, peratus perkembangan Kristian sangat besar
setiap dekad," katanya di seminar tentang penggunaan nama Allah dan
Kristologi di Universiti Teknologi Mara (UiTM), hari ini.
Beliau berkata, statistik terakhir menunjukkan bilangan penganut Kristian 10% manakala Islam lebih 60%.
"Tetapi jika kristianisasi berterusan, menjelang 2100 akan ada jumlah yang sama antara Kristian dan Islam - 40%."
"Ia akan terus meningkat," katanya. – 6 Mei, 2014. TMI
No comments:
Post a Comment