Kira-kira 1,000 penyokong tuan rumah berkumpul di pekarangan stadium
sejak pukul 11 malam dan enggan bersurai lebih sejam kemudian walaupun
diarah pihak polis.
Mereka menghamburkan kata-kata kesat sambil memaksa penyokong Pahang segera keluar meninggalkan stadium.
Perkara itu menyebabkan pemain dan penyokong pasukan pelawat tidak
dibenar keluar dari stadium oleh pihak berkuasa bagi mengelak kejadian
buruk berlaku.
Kira-Kira 500 anggota polis dan Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU)
dilihat cuba menenangkan keadaan meskipun tidak diendah penyokong
terbabit.
Pada perlawanan itu, JDT1 seri 1-1 dengan Pahang.
Difahamkan, tindakan segelintir penyokong JDT itu berpunca daripada
rasa tidak puas hati ekoran insiden selepas perlawanan Liga Super
membabitkan kedua-dua pasukan di Stadium Darul Makmur, Kuantan pada 7
Feb lepas.
Dalam insiden itu, bas yang membawa penyokong JDT mengalami kerosakan.
Timbalan Ketua Polis Daerah Johor Baharu Selatan Superintenden Abdul
Samad Salleh berkata pihaknya berjaya menyuraikan penyokong JDT hampir
dua jam selepas tamat perlawanan.
Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut sama ada terdapat sebarang tangkapan.
Sejurus selepas semua penyokong JDT bersurai, pemain serta penyokong Pahang dilihat meninggalkan stadium. - Bernama/Harakahdaily
No comments:
Post a Comment