06/5/14
Oleh Arifin Salleh
Melaka: Jeritan secara tiba-tiba seorang wanita pekak dan bisu
menyelamatkan ahli keluarganya daripada rentung selepas rumah didiami
mereka terbakar di Kampung Sungai Balau, Krubong, di sini, semalam.
Kejadian jam 12.40 tengah malam itu disedari Lizawati Ismail, 28,
yang berstatus orang kelainan upaya (OKU) selepas melihat kepulan asap
tebal bersama percikan api keluar dari bilik tidur di tingkat atas rumah
dua tingkat berusia lebih 60 tahun itu.
Sebelum kejadian, wanita itu yang dikatakan mahu menyalakan ubat
nyamuk melaung sekuat hati menyebabkan neneknya Halimah Husin, 81, dan
dua saudaranya, Julina Abu Seman, 38, bersama anak angkatnya Mohd Rahmad
Hanim, 5, terjaga dari tidur sebelum keluar menyelamatkan diri.
Lizawati yang menggunakan bahasa isyarat memberitahu, dia terjaga dari tidur selepas terlupa menyalakan ubat nyamuk lalu keluar dari bilik dan sebelum melihat percikan api serta asap keluar dari bilik.
Lizawati yang menggunakan bahasa isyarat memberitahu, dia terjaga dari tidur selepas terlupa menyalakan ubat nyamuk lalu keluar dari bilik dan sebelum melihat percikan api serta asap keluar dari bilik.
ORANG ramai melihat rumah yang hangus di Kampung Sungai Balau.“Dalam beberapa saat, api semakin marak dan keluar asap tebal menyebabkan saya panik. Ketika itu saya teringatkan nenek, kakak dan anak angkatnya yang tidur di bilik lalu menjerit sekuat hati untuk mengejutkan mereka,” katanya ketika ditemui Harian Metro, di sini, semalam.myMetro
No comments:
Post a Comment