13/5/14
Gambar hiasan Polis Kuwait. securityworldmag.com
Pihak berkuasa
Kuwait menahan seorang polis kerana membiarkan janggutnya panjang tanpa
izin. Tindakan ini dianggap melanggar undang-undang dikeluarkan
Kementerian Dalam Negeri Kuwait yang melarang polis memiliki janggut
panjang.
Wakil Menteri Dalam Negeri Kuwait Leftenan Jenderal Suleiman al-Fahd
memerintahkan penahanan keatas polis berpangkat major yang tidak
disebutkan namanya itu, setelah memperhatikan janggut polis itu
panjang, seperti dilansir web Emirates247, Senin (12/5).
"Dia juga memperingatkan seorang anggota polis lainnya yakni seorang polis berpangkat leftenan kolonel sebab menumbuhkan janggutnya dan
memerintahkan dia untuk mencukur janggutnya itu," tulis akhbar berbahasa
Arab, Al Watan.
Tindakan itu dikata sesuai dengan undang-undang yang baru saja
diperkenalkan yang melarang polis menyimpan janggut mereka lebih dari
1.5 sentimeter tanpa izin.
No comments:
Post a Comment