Thursday, May 8, 2014

Remaja sebak lihat foto bayinya yang dibuang dalam tandas

08/5/14

Oleh Sarah Zulkifli
Ampang: Seorang jurujual farmasi yang mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini semalam, atas pertuduhan membuang bayi yang dilahirkannya di dalam tandas di Taman Melawati di sini, Jumaat lalu menangis sebaik melihat gambar mayat anaknya ketika ditunjukkan polis mahkamah.

Dengan pengakuan remaja berusia 18 tahun itu, Majistret Noor Farah Hazwani Osman menetapkan 16 Julai ini untuk jatuh hukum dan mendapatkan laporan akhlaknya.
Remaja itu pada mulanya mengaku tidak bersalah, namun menukar pengakuan bersalah selepas pertuduhan dibacakan semula kepadanya.

Mengikut pertuduhan, remaja itu didakwa menyembunyikan kelahiran seorang bayi dengan membuang mayat bayi itu tanpa diketahui sama ada itu bayi mati selepas atau semasa dilahirkan.
Foto
TERTUDUH di Mahkamah Majistret, semalam.

Dia didakwa melakukan perbuatan itu jam 4 petang pada 2 Mei lalu di tandas sebuah farmasi di Taman Melawati.

No comments:

Post a Comment