Seorang
lelaki cuba menghalang calon DAP bagi Teluk Intan, Dyana Sofya Mohd
Daud semasa sesi bertemu pengundi di Taman Padang Tembak hari ini. –
Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 21 Mei, 2014.
Calon DAP bagi kerusi Parlimen Teluk Intan Dyana Sofya Mohd Daud petang
ini diganggu oleh 'samseng' Barisan Nasional (BN) semasa sesi bertemu
pengundi di Kampung Padang Tembak, Teluk Intan, kata ahli Parlimen DAP.
Ahli Parlimen Bukit Bendera Zairil Khir Johari berkata samseng seramai
lapan orang itu menghalakan ekzos motor kepada pasukan kempen DAP yang
mahu menemui pengundi di kawasan itu.
“Ada cubaan provokasi daripada sekumpulan samseng berbaju dan bertopi
BN. Mereka membawa motor dan menghalakan paip ekzos ke arah hadirin.
Asap keluar banyak dan bunyi memang kuat.
“Jelas mereka lakukan provokasi dan mahu menghalau, tetapi kita tetap
teruskan, malah peniaga dan pembeli menasihati kami tidak menghiraukan
perlakuan tersebut,” katanya kepada The Malaysian Insider.
Semalam Dyana turut menerima provokasi daripada seorang pemuda
bermotosikal dengan membunyikan hon dan mempersoalkannya mewakili DAP.
Reaksi Dyana Sofya semasa sesi bertemu pengundi hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 21 Mei, 2014. Bagaimanapun,
Dyana tidak menghiraukan pelakuan tersebut dan terus mengukirkan
senyuman kepada penduduk setempat sambil memperkenalkan dirinya.
Zairil berkata semasa sesi bertemu pengundi petang ini, mereka turut
ditemani ahli Parlimen PAS Kuala Terengganu, Datuk Raja Kamarul Bahrin
Shah dan beberapa pemimpin Pakatan Rakyat (PR) lain.
Katanya, meskipun provokasi sedemikian dijalankan, namun Dyana dan
pasukan kempennya berjaya menyelesaikan misi mereka menemui pengundi di
kawasan tersebut.
“Mereka marah dan menjerit di depan muka kami mengatakan ‘ini kampung Melayu’.
“Kami dari Pakatan datang bersama ahli Parlimen PAS dan pemimpin PKR
setempat. Kami pastikan keselamatan Dyana dan tidak membiarkan kumpulan
berkenaan menghampirinya.
“Nasib baik tiada apa yang berlaku. Polis datang lambat. Samseng itu
membuat kacau sehingga minyak motor mereka habis,” katanya kepada The
Malaysian Insider. – 21 Mei, 2014. TMI
No comments:
Post a Comment