11/5/14
Oleh Ahmad Rabiul Zulkifli
Kuala Terengganu: “Pernah seorang daripada mereka tak tidur selama
sebulan, menyebabkan saya terpaksa berjaga lewat malam hingga akhirnya
saya sakit,” kata Fauziah Ngah, 56, ibu kepada enam anak orang kelainan
upaya (OKU) yang menghidap penyakit genetik dan hiperaktif.
Itu antara dugaan dan kepayahan dilalui ibu mithali ini menjaga Yazid
Aziz, 30, Sufiya, 27, Surani, 25, Mohd Syukri Hafiz, 23, Rizal, 20, dan
Mohd Amir Haikal, 11, yang sepatutnya dicontohi golongan ibu sempena
Hari Ibu, hari ini.
Biarpun terpaksa melayan pelbagai kerenah mereka yang mempunyai
karakter masing-masing, ia tidak membuatkan Fauziah baran dengan keletah
nakal enam daripada lapan anaknya.
Sebaliknya, ibu tunggal ini menganggap mereka nadi hidupnya dan amanah Allah yang perlu dijaga walaupun terpaksa berkorban wang, masa dan tenaga.
Sebaliknya, ibu tunggal ini menganggap mereka nadi hidupnya dan amanah Allah yang perlu dijaga walaupun terpaksa berkorban wang, masa dan tenaga.
FAUZIAH menguruskan enam anaknya yang menghidap penyakit genetik dan hiperaktif.“Saya menerima mereka seadanya. Biarpun tidak sempurna seperti orang lain, mereka ada tempat yang sempurna di mata saya. myMetro
No comments:
Post a Comment