11/5/14
Seorang gadis remaja di India nekat gantung diri hanya kerana ibunya meminta dia menutup akaun Facebook miliknya.
Aditi Gupta, 13 tahun, sangat kecewa dengan ibunya, Mohana, yang
memarahi dia sebab menghabiskan banyak waktu berbual dengan
teman-temannya melalui fasiliti komunikasi dunia maya. Dia lalu bunuh
diri di kamarnya, seperti dilansir surat khabar the Daily Mail, Sabtu
(10/5).
Mohana, 36 tahun, mengatakan kepada anaknya sebelum berangkat bekerja bahawa dia ingin agar akaun puterinya di Facebook
sudah ditutup ketika dia pulang ke rumah. Setelah dia kembali untuk makan tengahari empat jam kemudian, Gupta didapati sudah gantung diri.
Mohana mengatakan kepada polis dia tak menyangka puterinya akan mengakhiri hidupnya hanya kerana suatu hal yang sangat kecil.
"Saya biasanya pergi bekerja sekitar pukul 09.30. Tapi suami saya ketika itu pergi lebih awal dan anak saya yang paling tua sedang berada di
rumah neneknya untuk bercuti," kata Mohana.
"Ketika saya hendak pergi, puteri saya sedang duduk di depan
komputernya. Saya sangat marah kerana dia menghabiskan banyak waktu pada
jaringan sosial itu," jelas dia.
"Saya bilang kepada dia bahawa dirinya masih terlalu muda untuk
bermain Facebook dan itu hanya membuang-buang waktu," ujar Mohana.
Kes ini telah memicu perdebatan di India terkait Facebook, tanggung
jawab orangtua dan pengaruh anak-anak terhadap perhubungan dengan dunia
maya.Merdeka.com
No comments:
Post a Comment