16 Jun 2014
NGO anti rasuah Pusat Penggempur Rasuah dan Kronisme (C4) menggesa
anggota exco Selangor membuat demonstrasi minum air dari tasik lombong
untuk membuktikan tahap keselamatan bekalan tersebut.
Pengarah C4 Cynthia Gabriel berkata ia bagi meyakinkan pengguna ekoran kenyataan bercanggah yang timbul berhubung kandungan logam berat dalam tasik lombong berkenaan.
“Bagaimana penduduk Selangor dapat diyakinkan bahawa air minuman mereka 100 peratus selamat.
"Pendedahan lengkap kesemua ujian yang dijalankan itu mesti dipercepatkan, selari dengan ketelusan dan kebertanggungjawab...," katanya.
“Mungkin ubat paling baik untuk menghilangkan sebarang kesangsian adalah jika exco Selangor menunjukkan jalan dan membuat demonstrasi minum sampel air ini di acara umum," kata Gabriel.
Tambahnya, persidangan Jawatankuasa Keupayaan, Kebertanggungjawapan dan Ketelusan (Selcat) juga secara "tergesa-gesa" mengumumkan bahawa kes tersebut dianggap selesai.
Janji oleh kerajaan negeri untuk mendedahkan semua ujian di DUN juga "sudah terlambat", katanya.
Menurutnya lagi, C4 akan memfailkan permohonan mengikut peruntukan kebebasan maklumat agar Lembaga Urus Air Selangor mendedahkan semua hasil kajian ke atas air lombong berkenaan. Malaysiakini

Kah kah kah....satu lagi NGO bangang dan nak publisiti free....oooiii siapa nak minum air lombong yang belum diproses?? Kalau aku bagi kau sekor ayam untuk demonstrasi makan ayam yang belum dicuci dan dimasak bole ke?? Sama lah macam kat Singapore dulu bile PM dia minum air New Water yang TELAH DIPROSES, takkan dia nak minum air jamban!!
ReplyDelete