Tuesday, June 17, 2014

Kanak-kanak dihalau dari KFC kerana mukanya cacat

Victoria Welcher (Foto: Sky News)  
Victoria Welcher (Foto: Sky News) 
  MISSISSIPPI - Gerai makanan segera KFC di Amerika Syarikat (AS) tergamak mengusir seorang kanak-kanak perempuan dari restoran mereka, alasannya   dianggap tak sesuai, kerana kanak-kanak itu menderita cedera pada wajahnya yang dianggap menganggu pelanggan lain.

Victoria Welcher menderita lcedera parah pada wajahnya setelah diserang oleh anjing berjenis pit bull pada April 2014 lalu. Kanak-kanak berusia tiga tahun itu pun terpaksa menggunakan penutup mata dan luka-luka cakaran yang tampak pada wajahnya.

Insiden pengusiran ini tersebar setelah sebuah akaun di Facebook menyebutkan kanak-kanak tersebut diminta untuk meninggalkan restoran KFC.

"Minggu lalu di KFC wilayah Jackson, Mississippi, wajah manis ini diusir kerana dianggap telah membuat pelanggan lain ketakutan," tulis akaun Facebook tersebut, seperti dikutip Sky News,  16/6/2014 .

Nenek dari Victoria, Kelly Mullins mengatakan, mereka baru saja kembali dari doktor ketika berhenti ke gerai KFC. Namun Mullins terkejut dengan perkataan dari pegawai KFC terhadap cucunya.

"Mereka mengatakan, 'Kami meminta anda pergi, kerana wajahnya (Victoria) mengganggu pelanggan kami yang lain," tutur Mullins.

Mullins menceritakan, setelah pengusiran itu,  kanak-kanak ingin keluar  kereta

Segera setelah khabar pengusiran itu, pihak KFC pun langsung memberikan responsnya. "Segera setelah mendengar laporan ini pada Jumaat (13/6/2014), kami akan melakukan penyiasatan. Kerana tindakan menyakitkan dan memalukan ini tidak boleh ditoleransi di KFC," tutur JuruCakap KFC, Rick Maynard.

"Apapun hasil dari penyiasatan kami, pihak perusahaan sudah meminta maaf kepada keluarga Victoria Welcher dan berkomitmen untuk membantu mereka," imbuhnya.

Sebagai tanda penyesalan mereka, KFC berkomitmen untuk memberikan bantuan kepada kanak-kanak tersebut dengan membayar biaya perubatannya. KFC pun memberikan dana perubatan sebanyak USD30 ribu    kepada kanak-kanak malang  yang berusia tiga tahun tersebut. (faj)okezone.com 16/6/14

No comments:

Post a Comment