16 Jun 2014
ADUN Kajang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail hari ini membangkitkan
isu rasa kurang senang majoriti pengundi Pakatan Rakyat berhubung
perkembangan Lebuhraya Kinrara-Damansara (Kidex).
Beliau yang juga presiden PKR turut meminta jaminan langkah kerajaan negeri bagi meredakan kesangsian rakyat di kawasan itu mengenai isu lebuhraya itu.
Lebuh raya bertingkat sepanjang 14.9 km itu bermula dari utara di tol NKVE Damansara dan menuju ke arah selatan ke Lebuhraya Bukit Jalil dekat Kinrara, melalui di tengah-tengah Petaling Jaya
"Ramai rakyat merasa sangsi dengan perkembangan ini (Kidex). Jadi saya nak tanya apakah langkah kerajaan negeri akan lakukan (untuk) meredakan keadaan ini.
"Dan apa jaminan yang boleh diberi kepada rakyat. Setahu saya kebanyakan di situ pengundi Pakatan Rakyat," katanya dalam perbahasan sidang DUN Selangor hari ini.
Menjawab perkara itu, Khalid menjawab Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) sedang membuat persediaan dan bakal bersama bertemu penduduk untuk menjelaskan perkara ini.
"LLM dan kerajaan negeri tidak ada kepentingan komersil tetapi sehingga persediaan lengkap, tak boleh ada perjumpaan.
"Nanti bila ada orang tanya, kita tak boleh jawab 'masih dalam kajian'. Kita kena ada jawapan," katanya yang juga ADUN Pelabuhan Klang.Malaysiakini

No comments:
Post a Comment