KUALA LUMPUR:
Rasa tidak puas hati pelbagai pihak terhadap tindakan kerajaan BN
memberi pelbagai kemudahan kepada syarikat pengeluar tenaga bebas (IPP)
sehingga mengakibatkan rakyat terpaksa menanggung beban kenaikan tarif
elektrik kini turut dirasakan Kesatuan Persatuan Tenaga Nasional Berhad
(TNB).
Sehubungan itu mesyuarat tergempar Jawatankuasa Bersama Kesatuan dan
Persatuan TNB yang merangkumi Persatuan Eksekutif TNB, Kesatuan
Pekerja-Pekerja Pecantuman TNB dan Tenaga Nasional Berhad Junior
Officers Union yang telah diadakan pada 13 Jun lalu sepakat membantah
tawaran usahasama secara runding terus (direct nego) membabitkan
syarikat IPP, YTL untuk projek penjanaan tenaga ‘Track 4’ Pasir Gudang,
Johor.
Bagi menyatakan bantahan mereka, satu sidang media oleh
Pegawai-Pegawai Kesatuan dan Persatuan TNB diadakan pagi ini di Pejabat
Tenaga Nasional Berhad Junior Officers Union (TNBJOU) di No 166B, Jalan
Faraday, Off Jalan Bangsar, dekat sini.
Kumpulan lebih 200 pegawai Kesatuan Persatuan TNB itu kemudian
berarak menuju ke Bangunan Ibu Pejabat TNB, Bangsar, dekat sini bagi
menyerahkan memorandum bantahan "Tolak YTL" kepada Pengurusan TNB di
Lobi Bangunan Ibu Pejabat TNB.
Berita lanjut menyusul. - HARAKAHDAILY, 16/6/2014
No comments:
Post a Comment