10/6/14
Oleh Shahrul Nizam Mohamad dan Fazrin Amri Hazni
Kuantan: “Menggigil lutut saya apabila melihat sepasukan anggota
penyelamat mengusung mayat anak selepas ditemui kira-kira satu kilometer
dari lokasi dia dilaporkan hilang,” kata Suparman Senan, 46, bapa
kepada murid tahun enam, Mohamad Osama Syah Suparman, 12, yang ditemui
lemas ketika mandi bersama lima anggota keluarganya di tapak perkelahan
Sungai Pasir Kubur, Sungai Lembing, di sini, pagi semalam.
Mangsa yang menuntut di Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Iman, Kemaman,
Terengganu, ditemui oleh sepasukan anggota mencari dan menyelamat (SAR)
pada jam 9.35 pagi dalam keadaan hanya memakai seluar pendek dan timbul
di permukaan air.
Suparman berkata, malam kelmarin, dia bersama isteri, Khairatul
Salmiah Ahmad Sabri, 35, tidak putus memohon doa dan petunjuk supaya
mayat anaknya ditemui secepat mungkin dan tidak sangka doanya
dimakbulkan Allah.
Menurutnya, ketika melihat anggota penyelamat mengusung mayat anaknya naik ke darat, dia bersama isteri terpaksa mengawal emosi serta menenangkan diri sebelum dipanggil untuk membuat pengecaman mayat anaknya.
Menurutnya, ketika melihat anggota penyelamat mengusung mayat anaknya naik ke darat, dia bersama isteri terpaksa mengawal emosi serta menenangkan diri sebelum dipanggil untuk membuat pengecaman mayat anaknya.
Katanya, dia reda dan menerima hakikat kejadian itu selain menganggap ia adalah ujian Allah. myMetro
No comments:
Post a Comment