KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Kuala Terenggau Datuk
Raja Kamarul Baharin Shah Raja Ahmad sedang menimbang untuk mengambil
tindakan undang-undang terhadap penyebar fitnah yang mendakwa beliau
diisytiharkan muflis oleh sebuah mahkamah di Terengganu.
Jelasnya, peguamnya juga telah membuat semakan di Pejabat Pendaftar Mahkamah dan mendapati tidak ada sebarang keputusan atau kes mahkamah yang dibicarakan membabitkan beliau.
"Saya mana ada hutang besar, yang ada cuma hutang kereta. Jadi bagaimana saya boleh diisytiharkan muflis.
"Kalau betul tuduhan yang dibuat sila nyatakan kes apa, bank mana serta berapa jumlah pinjaman saya. Saya tidak terima apa-apa surat saman dari peguam, jadi macam mana nak isytihar muflis," jelasnya pada sidang media di parlimen pagi ini.
Beliau yang yakin, PAS Pusat telah membuat siasatan teliti mengenai kedudukan beliau dari sudut kewangan dan perundangan terutama sebagai individu yang bebas dari muflis sebelum diangkat sebagai calon pada Pilihan Raya Umum lalu.
"Saya tidak tahu apa motif utama penyebaran fitnah ini.
"Cuma saya boleh buat sedikit kesimpulan mungkin ada pihak yang tidak berpuas hati tindakan saya dalam ketengahkan isu cukai pintu di Kuala Terengganu sebelum ini, mereka ingin menjatuhkan saya dengan penyebaran fitnah sedemikian," katanya lagi.
Sejak penyebaran fitnah itu semalam, beliau banyak menerima panggilan telefon dan pesanan ringkas tentang dari pelbagai pihak termasuk pengundi di Kuala Terengganu bagi mengetahui berita tersebut.
"Hari ini saya akan balik untuk bertemu pengundi bagi menjelaskan perkara sebenar, saya hanya wakil rakyat biasa dan tidak ada apa-apa jawatan besar dalam parti.
"Penyebaran fitnah ini tidak pernah mengugat perjuangan saya untuk membela rakyat, kalau nak jatuhkan saya lakukan secara demokrasi bukannya melalui fitnah" katanya. -HARAKAHDAILY 11/6/2014

No comments:
Post a Comment