Sunday, June 15, 2014

Mujur ada Drogba

15/6/14

Recife (Brazil): Didier Drogba yang masuk di babak kedua mengubah `cuaca' perlawanan sehinggakan Ivory Coast berjaya memperoleh dua jaringan dalam dua minit untuk menundukkan Jepun, 2-1, di Arena Pernambuco, pagi ini.
Drogba - tiada dalam kesebelasan utama - masuk pada minit ke-62 dan terus memberikan kesan segera ke atas Jepun sehinggakan mereka berjaya mengatasi ketangkasan Blue Samurai yang mengejutkan mereka di awal perlawanan.
Drogba diketepikan berikutan kecederaan pangkal paha yang dialaminya dan digantikan dengan Wilfried.
Keadaan itu membuatkan penyerang Manchester City, Yaya Toure, seolah-olah gagal untuk menembusi pertahanan Jepun.
FotoFOTO Getty

Bagaimanapun, sejurus Drogba dimasukkan, kesan bekas penyerang Chelsea itu begitu terserlah apabila Ivory Coast memperoleh gol penyamaan menerusi Wilfried pada minit ke-64.

Gerakan itu berpunca daripada Yaya Toure yang melakukan hantaran ke kanan sebelum Aurier melakukan hantan silang yang disambar oleh penyerang Swansea itu.

Dua minit kemudian, giliran Gervinho pula menambah derita Jepun yang mana gerakan turut berpunca daripada Aurier yang melakukan hantaran silang sebelum Gervinho merebahkan badan dan menanduk masuk menewakan Kawashima.

Sebelum itu, Jepun membuka jaringan menerusi pemain tengah AC Milan, Honda selepas menerima hantaran dalam kotak penalti sebelum melakukan rembatan kaki kiri pada minit ke-16.

IVORY COAST: Boubacar Barry, Serge Aurier, Souleymane Bamba, Arthur Boka, Didier Zokora, Cheikh Tiote, Serey Die, Yaya Toure, Salomon Kalou, Gervinho, Wilfried Bony

JEPUN: Eiji Kawashima, Yuto Nagatomo, Atsuto Uchida, Maya Yoshida, Makoto Hasebe, Hotaru Yamaguchi, Masato Morishige, Keisuke Honda, Shinji Kagawa, Shinji Okazaki, Yuya Osako.

PENGADIL: Enrique Osses (CHILE) myMetro

No comments:

Post a Comment