15/6/14
Temerloh: Mahkamah Tinggi di sini hari ini terpaksa menangguhkan
sekali lagi prosiding bela diri perogol bersiri, Rabidin Satir atau
digelar 'Rambo Bentong' yang dituduh membunuh dan merogol seorang
remaja, lima tahun lalu kepada 4 Julai ini.
Ini kerana, Rabidin yang telah menjalani hukuman 24 sebatan atas
kesalahan sebelum ini kelihatan lemah serta tidak menjawab sebarang
soalan ketika ditanya oleh jurubahasa.
Rabidin sebelum ini
diperintah membela diri atas tuduhan membunuh Annie Kok Yin Cheng, 17,
antara jam 11.30 malam, 7 Mac 2009 dan 1.50 petang, 8 Mac 2009, di Lot
4168 Kampung Ketari Bentong, Bentong dekat sini.
Dakwaan
terhadap tertuduh dari Kampung Libang Ulu, Tambunan, Sabah itu
dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman
gantung sampai mati.
Lelaki itu turut didakwa merogol mangsa
sehingga menyebabkan kematiannya di tempat dan masa yang sama, mengikut
Seksyen 376(4) yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara sehingga 30
tahun dan sebatan.
myMetro
No comments:
Post a Comment