17/6/14
Carlo Lissi, lelaki Itali berusia 31 tahun, mengkelar leher isteri dan dua anaknya hingga mati sebelum pergi ke bar untuk menonton pertandingan Piala Dunia antara Itali melawan England bersama teman-temannya.
Akhbar Itali Il Mesaggero melaporkan mayat isterinya, Christina Omes, 38 tahun, Giula, 5 tahun dan Gabriele, 20 bulan, ditemui terbujur kaku di rumah mereka di kawasan Visconti dekat Ibu Kota Milan, seperti dilapor surat khabar the Daily Mail, Isnin 16/6/14.
Carlos Lissi, bekerja sebagai konsultan komputer, pulang ke rumahnya setelah menonton pertandingan lalu menelepon polis untuk mengakui perbuatannya.
Dalam soalsiasat polis, Lissi meminta dia dihukum semaksima mungkin. Dia mengaku membunuh isterinya dulu baru kedua anaknya pada Sabtu malam lalu.
Akhbar La Stampa melaporkan Lissi pulang sekitar pukul 23.30 lalu membuang sebuah pisau dia gunakan ke dalam lubang.
Lissi mengaku kepada polis dia membunuh isteri dan dua anaknya lantaran jatuh cinta dengan rakan kerjanya.
No comments:
Post a Comment