Wednesday, July 30, 2014

DAP tuntut Zuhdi mohon maaf

30 Jul 2014
Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP, Tony Pua menuntut anggota jawatankuasa PAS Pusat, Dr Mohd Zuhdi Marzuki agar memohon maaf ekoran kenyataan "rasis dan ekstremis" beliau.

Menurut Tony, parti Islamik itu berhak menganalisa akan kewajaran untuk mereka kekal dalam Pakatan Rakyat.

Namun tegasnya, bahagian kedua "analisis" Zuhdi yang dibocorkan menerusi applikasi WhatsApp anggota jawatankuasa PAS Pusat itu memberangkan ramai rakyat Malaysia.

"Rakyat Malaysia meminta supaya Dr Mohd Zuhdi menyedari pemikiran sempit beliau dan memohon maaf atas pendapatnya."Jika beliau tidak kesal dengan pemikiran yang rasis dan ekstremis itu, kami tidak ingin Dr Mohd Zuhdi terus berada dalam Pakatan Rakyat, walaupun beliau mungkin tidak berniat untuk keluar (dari Pakatan).

Tony merujuk kepada kenyataan Zuhdi tentang "menjentik DAP, gereja dan golongan bukan Islam yang melalak tentang isu Allah dan serbuan gereja".

Sehingga kini, Zuhdi menjelaskan bahawa beliau menggunakan "bahasa imaginasi" untuk menggambarkan senario PAS keluar dari Pakatan.

Jelasnya juga, beliau sendiri tidak menyokong sebarang cadangan untuk membawa PAS keluar dari Pakatan Rakyat. Malaysiakini

No comments:

Post a Comment