Wednesday, July 9, 2014

Ditolak bercinta, wanita ini hunus pisau kepada teman lelakinya

9/7/14

Ditolak bercinta, perempuan Amerika hunus pisau ke teman prianya
Crue Finley dan Elizabeth Highley. ©YouTube Polis Negara   Florida, Amerika Syarikat, mengatakan wanita berusia 56 tahun bernama Elizabeth Highley menyerang teman lelakinya,   Crue Finley, 25 tahun, dengan pisau kerana menolak diajak bercinta.

Laman  Huffington Post melaporkan, Isnin (7/7), Highley sedang mabuk bersama Finley di rumahnya di Pantai Jensen ketika dia mengajak lelaki itu bercinta.

Finley lalu menolak dan mengatakan kepada polis , wanita itu marah dan mengamuk.

Highley dipercayai mengiris ibu jari Finely dengan pisau berburu ketika  elaki itu berusaha lari keluar rumah. Menurut laporan, wanita itu lalu mengejar Finely dengan pisau dan sebuah tin.

Finley lalu berlari ke arah sebuah kawasan parkir di sebuah kedai dan dia mengatakan seorang wanita  sedang mengejar dan mencuba membunuhnya.

Polis kemudian melihat Highley mendekati  Finley dengan memegang pisau di salah satu tangannya dan sebuah tin rombeng di tangan satu lagi.

Highley akhirnya ditangkap lalu dilepaskan dengan membayar wang jaminan  Perbicaraan  dakwaan Highley dijadualkan dijalankan 11 Julai  nanti. Merdeka.com

No comments:

Post a Comment