KUALA LUMPUR: PAS akan mempersembahkan tidak kurang
dari dua nama kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah
Alhaj sebagai calon menteri besar yang baru.
Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali berkata, ianya sebagai menghormati dan menjunjung titah baginda melalui kenyataan yang dibacakan Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim semalam.
"PAS menghormati titah Tuanku dan kita akan menghantar tidak kurang dari dua nama," kata beliau kepada Harakahdaily.
Bagaimanapun menurut Mustafa, PAS masih menunggu surat pemakluman rasmi daripada Istana.
Sebarang keputusan berhubung nama calon tersebut ujarnya, akan dimuktamadkan selepas menerima surat rasmi tersebut.
"Surat tersebut biasanya ada dinyatakan deadline. Kita akan respons selepas mendapat surat tersebut.
"Saya tak fikir perlu mesyuarat (PAS Pusat) yang baru. Kita sudah ada gambaran daripada mesyuarat sebelum ini.
"Apapun perbincangan tak rasmi kita akan buat untuk mendapatkan pandangan," katanya lagi.
Beliau diminta mengulas titah baginda semalam yang mahu ketiga-tiga parti iaitu PAS, PKR dan DAP menghantar lebih dari dua nama sebagai calon Menteri Besar Selangor yang baru.
Ianya bagi memudahkan baginda untuk menentukan calon yang berkelayakan dan seterusnya memberi perkenan untuk melantik mana-mana calon yang difikirkan layak.
Sementara itu, PKR dan DAP dalam kenyataan bersama malam tadi menyatakan bahawa hanya akan mencalonkan satu nama sahaja, iaitu Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Menurut kenyataan itu, tindakan itu diambil sejajar dengan konvensyen pencalonan menteri besar pada 2013 dan mengambil kira titah sultan Selangor.
- HARAKAHDAILY 27/8/2014

Tuan,
ReplyDeleteDalam isu titah Tuanku Sultan agar setiap parti mengemukakan 2 nama sebagai calon MB bukan satu kehendak perlembagaan atau undang-undang tubuh negeri Selangor.
Ini kena faham betul-betul. Kedua, Sultan -Sultan kita adalah Sultan -Sultan berpelembagaan, bukan mempunyai kuasa mutlak. Setiap penglibatan Sultan dit3ntukan oleh perlembagaan. Apa tanggungjawab dan apa yang dipanggil discretion yang dibenarkan oleh perlembagaan.
Dalam isu mematuhi titah Baginda untuk submit 2 nama itu, ia bukan titah perlembagaan. Jadi soal mana-mana pihak didalam Pakatan nak submit ke tidak, nak submit 1 atau 2 atau 3 tidak menjadi isu besar dan tidak melanggar perlembagaan negeri Selangor.
Tetapi mematuhi titah Sultan yang tidak bercanggah d3ngan perlembagaan adalah adat mulia orang melayu. Jika percaturan politik adalah lebih baik disubmit lebih nama maka itu lebih baik.
Perintah yang bertujuan baik perlu ditaati. Jika tidak itu derhaka namanya.
ReplyDelete