Thursday, August 21, 2014

AMK: Nik Nazmi potong Amiruddin saat akhir

HARAKAHDAILY | .
KUALA LUMPUR: Timbalan Speaker Selangor, Nik Nazmi Nik Ahmad menang bagi pertandingan jawatan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK).

Keputusan itu diumumkan Pengerusi Pemilihan Pusat PKR, Datuk Johari Abdul di sini, hari ini.

Nik Nazmi menewaskan dua lagi calon lain iaitu Adun Batu Cave, Amiruddin Shaari dan Nazree Yunus.
Beliau menang dengan majoriti 250 undi selepas memperoleh 4,509 undi berbanding Amiruddin 4,259 manakala Nazree 2,213.

Sebelum ini, kiraan pada peringkat awal menunjukkan Amiruddin mendahului jumlah undi berbanding pencabarnya yang lain.

Bagaimanapun, beza undi beliau dengan Nik Nazmi dikatakan sangat tipis dan kedudukan itu berubah di saat-saat akhir.

Sementara itu, Mohamed Azmin Ali berjaya mengekalkan jawatannya sebagai Timbalan Presiden PKR.

Beliau menewaskan pesaingnya, Datuk Saifuddin Nasution Ismail yang juga Setiausaha PKR.

Azmin berjaya memperolehi 22,562 undi sementara Saifuddin 10,743 undi.

Berikut adalah senarai baru kepimpinan tertinggi PKR bagi sesi 2014-2017.

Presiden PKR
Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail

Timbalan Presiden
Mohamed Azmin Ali

Naib Presiden
1. Nurul Izzah Anwar
2. Tian Chua
3. Shamsul Iskandar
4. Rafizi Ramli

Ketua AMK
Nik Nazmi Nik Ahmad

Timbalan Ketua AMK
Dr Afif Bahardin

Naib Ketua AMK
1. Raymond Ahuar
2. Radzlan Jalal
3. J Sangetha

Ketua Wanita
Zuraida Kamaruddin
Timbalan Ketua Wanita
Haniza Talha

Naib Ketua Wanita
1. Dr Daroyah Alwi
2. G Sivamalar
3. Norsham Abu Samah

No comments:

Post a Comment