7 Aug 2014
Pemuda Pakatan Rakyat hari ini menggesa agar ketiga-tiga
pemimpin tertinggi parti bertemu dengan Tan Sri Khalid Ibrahim bagi
menyelesaikan kemelut jawatan menteri besar Selangor.
Ketua Pemuda PAS Suhaizan Kaiat, Ketua AMK Shamsul Iskandar Md Akin dan Ketua DAPSY Teo Kok Seong berkata krisis itu kini berada dalam keadaan membimbangkan dan berisiko untuk merosakkan masa depan Pakatan.
"Kami berpandangan penyelesaian paling munasabah pada tahap ini adalah pertemuan lapan mata di antara Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang serta Tan Sri Khalid Ibrahim," kata mereka.
"Kami juga berharap pertemuan yang dicadangkan ini berlaku dalam suasana mahabbah, berlapang dada dan meletakkan kepentingan kolektif demi masa depan generasi kami di masa akan datang," kata mereka lagi.
Tegas mereka, pertemuan tersebut boleh dimudah cara oleh seorang pemimpin PAS.
"Pengalaman PAS menghadapi konflik politik Kelantan yang melibatkan jawatan menteri besar pada tahun 1977 boleh dijadikan panduan dan pengajaran untuk kita semua," kenyataan mereka dipetik.
Cadangan itu dikemukakan sewaktu tinggal dua hari sahaja lagi untuk pemimpin ketiga-tiga parti mengadakan mesyuarat di peringkat parti masing-masing untuk membincangkan isu jawatan menteri besar Selangor.
PAS dan DAP pada hari Ahad 10 Ogos ini dijadual mengadakan mesyuarat berasingan bagi membincangkan perkara tersebut. Malaysiakini

No comments:
Post a Comment