14 Aug 2014
Walaupun berjaya mendapat sokongan majoriti anggota Dewan
Undangan Negeri (ADUN) dengan sokongan terbaru dua wakil PAS, masih
terdapat halangan besar yang perlu direntas Pakatan Rakyat untuk
mempertahankan pentadbirannya di Selangor.
Ini kerana masih terdapat perkara perlu diselesaikan dengan PAS dan istana Selangor bagi menamatkan krisis menteri besar di negeri itu.
Hubungan antara Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Ismail dan PKR dengan kedua-dua pihak itu kini sedang diperhatikan untuk tempoh penting dua tiga hari ini bagi menentukan kepimpinan negeri.
Paling penting sama ada PKR dan ketua umumnya Datuk Seri Anwar Ibrahim bersedia mengemukakan nama kedua sebagai calon menteri besar menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim yang sudah dipecat parti itu.
Istana Selangor sudah pun menolak permohonan Wan Azizah untuk menghadap sultan awal minggu ini kerana pihak itu enggan terlibat dalam urusan dalaman PKR.
Wan Azizah, ADUN Kajang, bagaimanapun kini mengutus surat kedua untuk tujuan itu bagi memaklumkan beliau sudah mendapat sokongan majoriti daripada anggota Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk menyingkirkan Khalid.
Dengan perkembangan terbaru itu, terdapat tuntutan supaya sultan memperkenan untuk mengarahkan Khalid meletakkan jawatan.
Bagaimanapun, Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali semalam berkata beliau ada “dengar” bahawa istana menolak pencalonan Azizah, justeru parti itu dikatakan mahu PKR menamakan calon lain.
Jika istana sekali lagi tidak menerima menghadap Azizah, PKR dan DAP nampaknya harus menunggu sehingga sidang DUN seterunya untuk melakukan undi tidak percaya terhadap Khalid.
Dewan juga mungkin tergantung dan sekali gus mendorong sultan membubarkan DUN bagi memberi laluan kepada pilihan raya baru negeri.
Perkara itu menyebabkan Pakatan harus berhati-hati ekoran kebimbangan pilihan raya itu tidak menguntungkan PAS dan PKR berbanding pilihan raya umum ke-13 lalu.
Cara utama untuk mengelakkan perkara itu hanya dengan memastikan PAS mendukung hasrat menukar menteri besar sedia ada bersama PKR dan DAP.

Malaysiakini
Kawan cadang kan 17hb PAS bersidang sama ada bersama PR ( rasa tak perlu kot) atau terus kan visi dan misi bersama UG. Kalau benar PAS sayangkan pakatan rakyat, kenapa tidak bertindak sedari awal. Kepimpinan PAS mengambil alih jawatan MB dari khalid, Sehingga masalah PKR selesai. Kawan rasa tidak ada bantahan dari mana2 pihak di dalam Pakatan.
ReplyDeleteTak perlu sembang bagi tahu rakyat tukar MB tidak sama seperti tukar ketua kampung. Pas terlalu banyak berdalih, apa yang pasti pengundi2 di Selangor dapat melihat tingkah laku dan cara PAS menangani masalah. Jikalau Tuanku tidak mahu Wan Azizah, Pas bertindak mengambil jawatan tersebut. Antara PKR suka atau tidak. Perkara tersebut boleh dibincangkan kemudian. Kenapa harus tunduk pada seorang yg berstatus orang luar sedang kan PAS mempunyai 15 pejuang yg dipilih rakyat. Adakah 15 yb ini tidak berguna dari kaca mata pimpinan PAS.
Kuat berdalih dan belit.
Pengundi2 PR di Selangor sudah tidak percayakan PAS. Keluar saja lah. Kalau adun Selangor ingin dibubarkan pun takpa. Kerana ini semua DOA dari kamu "Suara Rakyat Suara Keramat". Bagi kawan piliharaya sekali lagi pun takpa yg membazirkan duit rakyat bukan PR tapi Khalid dan Parti Pas.
Bosan dgn gelagat mereka yang berselindung di sebalik intelektual kopiah. Belit