Friday, August 15, 2014

Ahli Majlis PBT Selangor kekal

HARAKAHDAILY | .
SHAH ALAM: Kerajaan Selangor memutuskan semua Ahli Majlis pihak berkuasa tempatan (PBT) yang sedia ada dikekalkan jika mereka bersedia untuk terus berkhidmat di bawah kerajaan negeri rakyat ini.

Perkara ini diputuskan Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negeri Selangor (MTES) yang diadakan  hari ini selepas mengambil kira senario politik semasa dan keputusan Mahkamah Persekutuan menolak permohonan kerajaan Pulau Pinang untuk mengadakan pilihan raya tempatan, kata Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan hari ini, Abdul Khalid juga mengumumkan keputusan MTES untuk menawarkan sebahagian kekosongan 51 jawatan Ahli Majlis PBT di seluruh negeri kepada rakyat Selangor yang berkelayakan.

"Kerajaan negeri mahu memastikan khidmat kesemua PBT di negeri ini kepada rakyat  dipertingkatkan selari dengan taraf Selangor sebagai negeri maju.

"Sehubungan itu, Kerajaan Selangor mengalu-alukan rakyat Selangor dari golongan profesional dan aktivis masyarakat untuk memohon menjadi Ahli Majlis sekaligus sebahagian daripada kerajaan rakyat ini," katanya.

Menurut beliau, iklan tawaran ini untuk mengisi kekosongan Ahli Majlis itu akan disiarkan dalam akhbar-akhbar utama dalam tempoh terdekat ini. - HARAKAHDAILY, 14/8/2014


No comments:

Post a Comment