Thursday, August 14, 2014

Wang Simpanan Penumpang MH370 di Bank Hilang Secara Misteri

14/8/14
 
 
KUALA LUMPUR,  Pesawat milik Malaysia Airlines MH370 yang hilang sejak Mac lalu hingga kini belum ditemui. Namun, tekah terjadi penarikan wang secara misteri   dari rekening bank empat penumpang pesawat itu pada Julai lalu.

Jika digabung, rekening keempat penumpang itu berjumlah 111.000 ringgit    . Sejak bulan Julai lalu, secara misteri , terjadi pengeluaran wang dari rekening keempat orang penumpang MH370 ini.

Ketua Jabatan Penyiasatan Jenayah (CID) Polis  Malaysia, Izany Abdul Ghany membenarkan telah terjadi pengeluaran wang dari empat rekening bank milik penumpang MH370.

Bank tempat keempat penumpang itu membuka rekening menemukan penarikan misteri  pada 18 Julai lalu. Pihak bank kemudian memasukkan pengaduan resmi kepada polis  pada 2 Ogos setelah melakukan penyiasatan dalaman. "Kami sedang melakukan  penyiasatan   kes pengeluaran wang misteri  ini," kata Abdul Ghany.

Kejahatan semacam ini dalam undang-undang Malaysia, yang tercakup dalam Undang-undang Kejahatan Komputer 1997, mengancam pelaku dengan hukuman denda hingga Rp 585 juta atau hukuman penjara maksimal 10 tahun.

Abdul Ghany menambahkan pihaknya tidak menutup kemungkinan pengeluaran wang ini dilakukan salah seorang pegawai bank. Sehingga polis  akan menyiasat berbagai kemungkinan.

"Kami sudah mendapatkan rakaman CCTV dari bank untuk mencari suspek. Siapa saja yang memiliki maklumat terkait kes ini sebaiknya melapor ke balai polis  terdekat," tambah Abdul Ghany.
Editor : Ervan Hardoko KOMPAS.com
Sumber: Mirror

No comments:

Post a Comment