Thursday, August 14, 2014

Rumah Sakit di Australia mendapat malu kerana "Bunuh" 200 Pesakit

14/8/14
 
Mirror Rumah Sakit Austin, Melbourne, Australia.
MELBOURNE,   Sebuah rumah sakit di Melbourne, Australia menanggung malu setelah secara tidak sengaja mengirimkan surat kepada kalangan doktor yang menyatakan 200 orang pesakitnya meninggal.

Padahal semua 200 pesakit itu masih hidup dan sihat. Surat itu seharusnya berisi pemberitahuan kepada para doktor bahawa para pesakit itu sudah boleh meninggalkan rumah sakit.

Insiden "pembunuhan" itu di Rumah Sakit Austin ini terungkap setelah pengurusan rumah sakit memberitahukan kepada sejumlah doktor pada 30 Juliai  lalu, bahawa pesakit mereka telah meninggal dunia dalam  rawatan.

Padahal seharusnya surat itu hanya memberitahu doktor bahawa para pesakit tersebut telah dipulangkan sehari sebelumnya. Pihak Rumah Sakit Austin langsung meminta maaf atas kesalahan ini dan menyatakan insiden ini murni kerana faktor kesalahan manusia.

"Kami meminta maaf kepada keluarga pesakit rumah sakit yang terkena dampak dari insiden ini,  terlebih lagi, kami memohon agar semua pihak  memahami kalau insiden ini murni merupakan kesalahan,” demikian RS Austin dalam pernyataan resminya.

"Insiden ini murni akibat kesalahan manusia. Dalam proses mengubah contoh surat yang memberitahukan doktor atas khabar kematian pesakitnya, perubahan ini tersimpan dalam template standard kami," lanjut pengurusan rumah sakit.

Dikatakan juga kalau yang pemberitahuan keliru ini pada pagi hari setelah surat pemberitahuan itu terkirim. 
Editor : Ervan Hardoko
Sumber: ABC Australia /
KOMPAS.com

No comments:

Post a Comment