Saturday, August 30, 2014

Khalid: MB baru mesti berupaya mentadbir

30 Aug 2014   Malaysiakini
Individu yang dipilih sebagai menteri besar perlu mempunyai keupayaan dalam mentadbir negeri, kata Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Beliau berkata tanpa keupayaan sendiri, seorang individu itu tidak layak untuk menyandang jawatan berkenaan.

"Menteri besar dipilih kerana keupayaan, jika dia berupaya, maka dia dipilih," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis bacaan yassin sempena Hari Kemerdekaan ke-57 peringkat negeri Selangor semalam.

Abdul Khalid berkata demikian ketika diminta mengulas laporan  sebuah akhbar memetik sumber yang rapat dengan Sultan Selangor bahawa ciri seorang menteri besar pilihan baginda ialah pemimpin yang efektif yang mengutamakan kepentingan rakyat dan boleh mentadbir negeri tanpa dikawal oleh sesiapa.

Baru-baru ini, Sultan Sharafuddin Idris Shah menangguhkan untuk menerima peletakan jawatan Abdul Khalid sebagai Menteri Besar Selangor sehingga pelantikan menteri besar baharu dibuat.

- Bernama

1 comment:

  1. Anda butuh angka ghoib 2d 3d 4d singapura/hongkong yang di jamin tembus selama 5 kalli putaran silahkan hubungi eyang woro manggolo di 0823-9177-2208 atau anda bisa karna saya sudah menbuktikannya,terima kasih. الالله صلى الله عليه وسلموعليكوتهله صلى الل

    ReplyDelete